suria

Tunku Azizah sakan memborong, siap selak bawah meja cari stok Tupperware! Peniaga booth menggigil tengok, risau tersalah cakap

Tunku Azizah mencemar duli singgah di booth seorang peniaga yang menjual barangan Tupperware. -Foto TikTok Nor Qaseh Azrul

SYARIKAT pembuat bekas plastik dan produk dapur popular, Tupperware Brands (Tupperware) yang diisytiharkan bankrap pada minggu lalu ternyata mengejutkan ramai, khususnya peminat jenama berkenaan.

Siapa sangka rupanya Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga salah seorang daripada jutaan peminat Tupperware di negara ini!

Keterujaan Tunku Azizah saat memborong barangan plastik jenama kesukaannya itu dikongsikan oleh peniaga, Nor Qaseh Azrul di laman TikTok.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka Tunku Azizah mencemar duli singgah ke booth miliknya dan 'sempoi' beramah mesra seperti pelanggan yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah hulur tangan sambut surat rakyat... Ramai kagum sumandak Sabah berani luah isi hati - “Kami ketinggalan arus kemodenan”

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Hassanal tersipu malu... Al-Sultan Abdullah usik, titah doakan cepat bertemu jodoh

"Rupanya Tengku Ampuan Azizah juga sangat sukakan Tupperware! Tiba-tiba, booth kami menjadi tumpuan ramai semalam apabila Tuanku sudi mencemar duli shopping sakan di booth kami.

"Berdebar, ketar, bagaikan hilang kata-kata. Risau tersalah cakap, atau terlanggar adab dan sebagainya. Maklumlah kali pertama dapat pengalaman yang amat mengujakan ni.

"Memang Tuanku sangat 'sporting'. Sangat berjiwa rakyat. Peramah dan paling saya kagum, sikap penyayangnya pada semua. Alhamdulillah.

"Semoga Tuanku kesayangan ramai ini, sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Amin," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Bukti sindrom mak-mak geng Tupperware tu merentasi kasta.

NETIZEN

Menerusi video yang dikongsikannya, kelihatan Tunku Azizah tekun memilih beberapa barangan seperti set bekas makanan, botol air dan beberapa set lain.

"Saya memang suka. Saya memang sedih dengar ia (akan) tutup," kedengaran kata-kata baginda sambil membelek beberapa barangan untuk diborong.

tunku 2

Antara komen netizen yang terhibur dengan telatah sempoi Tunku Azizah.

Lebih melucukan, baginda selamba menjenguk dan menyelak kain alas meja booth berkenaan untuk melihat stok barangan plastik yang disimpan.

Ternyata kehadiran Tunku Azizah membuatkan orang ramai serta pengunjung lain teruja apatah lagi rombongan tersebut turut disertai anakanda baginda, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekali gus membuatkan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama sebagai kenangan.

Perkongsian video berkenaan mengundang perhatian warga maya yang kagum dengan sikap Tunku Azizah yang dilihat amat merendah diri dan berjiwa rakyat.

"Anakanda perhati je bonda borong Tupperware. Suka tengok Tunku Azizah... berbelanja tak mengira tempat.

"Siap selak bawah meja tu. Betul-betul sporting.

"Bukti sindrom mak-mak geng Tupperware tu merentasi kasta," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain