suria

Wanita gempal terguris hati, terdengar lelaki ‘mulut longkang’ minta pasangan jaga badan - “Awak jangan besar macam dia tau”

Berhati-hati dalam berkata-kata, bimbang akan melukakan hati orang lain. -Gambar hiasan

KATA-kata sinis mampu membuatkan seseorang itu terguris hati sedalam-dalamnya.

Apatah lagi jika ia terpacul keluar dari mulut individu lain yang tidak dikenali di tempat awam yang dipenuhi manusia.

Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang wanita menceritakan kisah hitam yang dilaluinya apabila dia pergi ke sebuah hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Mereka yang berbadan gempal juga mempunyai perasaan. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, ketika sedang berjalan di laluan hospital menuju ke bahagian psikiatri, telinganya dapat menangkap perbualan tentang dirinya.

"Sumpah demi Allah, hati aku sakit teramat apabila ingat semula. Aku tak akan pernah lupakan seorang lelaki ni, ketika itu aku sedang berjalan di hadapannya yang tengah duduk atas kerusi.

"Aku nampak dia ralit berbual dengan seorang perempuan, tak pasti sama ada teman wanita atau isterinya. Kemudian aku dengar dia cakap begini kepada pasangannya, awak nanti jangan jadi besar macam dia tau.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cantik dilanyak, diludah gara-gara mulut lancang! Padah samakan wajah lelaki dengan ‘alien’

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu lori viral sebab kacak mengaku guna filter! Kena ‘face shaming’ di media sosial, jumpa depan-depan ramai je ajak selfie

"Ketika itu aku memang betul-betul sedang lalu hadapan mereka. Tak pasti dia sengaja atau mungkin terlepas cakap, tapi hati aku sangat terguris sewaktu mendengarnya.

"Sudah la sejam sebelum tu aku baru mengalami serangan keresahan (panic attack), kini aku kena hadap pula dihina fizikal (body shaming)," luah wanita itu sambil berlinangan air matanya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut berasa simpati dengan nasib wanita itu dan ada juga yang berkongsikan pengalaman hampir serupa.

Dunia ini tak pernah hilang daripada orang yang bermulut lancang, kita hanya buat tak tahu je dan teruskan hidup macam biasa.

WARGA MAYA

"Sebagai orang yang berbadan gempal, saya faham apa sis rasa, kita tak kacau hidup mereka pun, tapi mereka selalu sibuk nak mengganggu hidup kita. Adakah kita ni satu bentuk hiburan untuk mereka?

"Berat saya sendiri 170 kilogram, pernah juga ada orang tiba-tiba hina saya. Saya buat keras hati, saya terus balas balik, saya cakap, ya saya gemuk, tapi ada saya minta duit kamu untuk makan? Terus tunggang langgang lari budak tu.

Pelayar bertukar pandangan.

"Kita sepatutnya kesian dekat perempuan yang jadi pasangan lelaki tu, dia tak sedar apa yang menantinya di depan. Kalau orang tak kenal pun si lelaki boleh 'sembur' macam tu, apatah lagi isterinya sendiri. Mesti teruk kena abuse.

"Dunia ini tak pernah hilang daripada orang yang bermulut lancang, kita hanya buat tak tahu je dan teruskan hidup macam biasa. Ini satu-satunya cara untuk kita kekal gembira," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain