MALANG tidak berbau! Hari yang dirasakan sepatutnya berjalan lancar menjadi sebaliknya. Melalui satu hantaran tular di laman TikTok, seorang pemuda dikenali sebagai Muhammad Faris, 20, atau senang disapa AF berkongsi satu insiden menjengkelkan yang berlaku ketika dia bertugas sebagai penghantar makanan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi video itu, dapat diperhatikan AF menghulurkan beberapa bungkusan makanan dan minuman kepada pelanggan dari luar pagar kediaman. Tanpa disangka, pelanggan itu tersilap menyambut bungkusan yang dihulurkan AF, menyebabkan satu beg plastik mengandungi minuman terlepas daripada pegangan dan terjatuh ke tanah. Bercerita lanjut kepada mStar, AF mengimbas bagaimana darahnya berderau melihat pesanan yang dibawa dengan penuh berhati-hati hampir berkecai akibat kecuaian pelanggan. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas hantar pesanan, ‘rider’ cuba buka pintu rumah... Gadis pasang telinga, ketakutan dengar perbualan nak ‘tibai’ perempuan! ARTIKEL BERKAITAN: Sejam tunggu tak sampai-sampai, rupanya ‘walker’ penghantar makanan ambil ‘job’ 10km! - “Nak gigih biar bertempat” "Masa tu saya dah beritahu kepada pelanggan supaya bersedia, sebab beg plastik agak banyak, saya suruh dia pegang betul-betul, risau terjatuh. "Tapi apabila saya serahkan kesemua beg plastik tu, pelanggan tersebut hanya memegangnya pada bahagian tangkai, dia tak masukkan jari ke dalam lubang beg plastik. Kiranya dia genggam macam tu je, tak berapa selamat. "Disebabkan pegangan kurang kemas, maka terlepaslah satu beg plastik yang mengandungi bungkusan air limau panas. Dia kata tak perlu sebab mengaku memang salah dia, jadi kami settle terus dekat situ. MUHAMMAD FARIS "Cuma nasib baik apabila terjatuh atas simen tu, hanya bungkusan air di dalam yang pecah, beg plastik di luar masih terikat rapi, jadi tidaklah tumpah semua air tu, ada sedikit je yang menitik keluar. "Pelanggan tu cepat-cepat masuk ke dalam rumah cari mangkuk nak selamatkan air yang berbaki," ujar AF yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan sistem teknologi maklumat (IT) di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor. AF kemudian berbincang dengan pelanggan tersebut sekiranya dia mahukan bayaran ganti rugi. "Saya kesian tengok apa yang terjadi, terbantut member nak minum air dan makan tengah hari, saya pun tanya pelanggan tu macam mana nak selesaikan. AF bertungkus-lumus memberikan yang terbaik untuk pelanggannya. "Dia kata tak perlu sebab mengaku memang salah dia, jadi kami settle terus dekat situ," kata AF yang berkerja sambilan sebagai penghantar makanan selama hampir dua tahun. Dalam pada itu, AF menjelaskan dia merakam kejadian tersebut secara tidak sengaja. "Saya buat konten dekat TikTok untuk mengisi kekosongan dan sebagai kenang-kenangan, supaya nanti kalau saya dah berjaya, saya boleh tengok semula permulaan hidup saya. "Jadi setiap kali keluar bekerja, saya akan rakam secara rawak momen-momen tertentu. Tak sangka pada hari kejadian tu, saya boleh rakam pelanggan terjatuhkan bungkusan air," ujar AF yang berasal dari Segamat, Johor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube