suria

Akak jual kek setuju COD, tapi marah-marah sebab tak bayar online... Pelanggan terkedu kena ‘sekolah’, keliru siapa bodoh sebenarnya

Salah faham ketika urusan jual beli secara dalam talian (online) adalah perkara yang lazim berlaku. -Gambar hiasan

URUSAN jual beli menerusi kaedah cash on delivery (COD) atau pembayaran semasa penghantaran adalah salah satu cara yang popular ketika ini, terutamanya dalam perniagaan online.

Menerusi kaedah ini, pelanggan perlu membayar harga barangan yang dipesan ketika penghantaran dibuat, yang mana lokasi dan masa kebiasaannya ditentukan oleh penjual.

Bagaimanapun tidak dinafikan ada segelintir dalam kalangan kita yang masih keliru dengan kaedah berkenaan dan mentafsirkannya mengikut pemahaman sendiri.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang individu berkongsi bagaimana kaedah COD menjadi punca tercetusnya pertelingkahan kecil membabitkan dirinya dengan seorang peniaga makanan.

cod 2

Urusan jual beli secara cash on delivery (COD) atau pembayaran semasa penghantaran adalah salah satu kaedah yang popular ketika ini. -Gambar hiasan

"Aku nak beli kek coklat ni melalui sorang seller dalam Facebook. Masa aku tanya harga tu, dia ada cakap yang kek tu COD.

"Lepas dah deal semua, aku tanya sekali lagi 'kak, COD kan?'. Dia jawab 'ye dik, kan akak dah cakap memang COD'.

"Then malam tu, aku deal la dengan dia nak jumpa dekat mana untuk COD esok. Tiba-tiba dia tanya aku 'awak jadi ke nak beli?'

"Aku pun jawablah, 'bila masa aku cancel order?'. Dia sound aku 'habis tu dah pukul berapa ni, awak tak ada buat bayaran pun?'. Eh menyirap pula aku baca," tulisnya dalam hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang peniaga tak bagi sambal, pelanggan beri rating 0 untuk rider! Enggan dengar alasan, anggap kedua-dua pihak salah

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang yang faham tak akan berkira” - Penjual rimas pelanggan sibuk pertikai kenapa bahulu di kedai lain lebih murah

Geram dengan respon peniaga tersebut, individu berkenaan mempertahankan tindakannya yang sudah meminta penjelasan berkali-kali tentang kaedah pembayaran ketika membuat pesanan.

"Aku explain la dekat dia yang aku dah double confirm pasal COD. Dia pun jawab memang COD. Habis tu kenapa nak suruh buat payment malam tu sedangkan esok baru nak jumpa?

"Dia pun 'sekolahkan' aku. Dia kata 'dik, COD tu maksudnya penghantaran. Memanglah akak akan hantar kat awak tapi awak kenalah buat pembayaran dulu sebelum akak nak COD tu. Awak tak pernah beli barang COD ke?'.

"Wow, aku macam terkesima sekejap. Bodoh sangat ke aku ni sampai tak faham maksud COD?" tulisnya lagi.

Itulah bezanya peniaga yang belajar dan peniaga yang tak berapa nak belajar.

NETIZEN

Pertelingkahan tersebut berlarutan buat seketika apabila individu berkenaan tidak berpuas hati mengapa dia perlu membuat pembayaran secara dalam talian sedangkan urus niaga menggunakan kaedah COD.

Bagaimanapun kata individu tersebut, pertelingkahan berakhir apabila peniaga berkenaan yang masih enggan mengaku salah 'berundur diri' dengan memintanya membeli kek daripada peniaga lain.

komen cod

Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Dia tetap anggap aku ni noob, dia kata 'kalau awak rasa awak pandai sangat tak pe la, awak order je dengan orang lain. Akak ni dah bisnes bertahunlah dik. Tak pernah lagi ada customer yang tak faham maksud COD'. Kesimpulannya, akak tu is always right," tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya mengecam peniaga berkenaan kerana bukan sahaja bersikap bodoh sombong malah tidak mesra pelanggan.

"Itulah bezanya peniaga yang belajar dan peniaga yang tak berapa nak belajar.

"Bijak sangat... boleh tak simpan 'bijak' tu? Menonjol sangat 'kebijakan' akak tu.

"Pernah juga kena dengan peniaga macam ni. Kata COD, tiba-tiba bagi nombor akaun," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain