suria

Isteri mengaku dulu tak hormat suami sebab gaji rendah... Auto ‘respect’ lepas pasangan tukar kerja, pendapatan lebih tinggi

Wang bukanlah pengukur sebenar kebahagiaan rumah tangga. -Gambar hiasan

SETIAP wanita yang bergelar isteri wajib menghormati dan mentaati suami masing-masing.

Namun, seorang wanita tular di media sosial selepas mendedahkan bahawa dia telah hilang rasa hormat terhadap pasangannya.

Menurut wanita itu, pendapatan bulanannya lebih besar berbanding suami sehingga terpaksa menanggung hampir keseluruhan perbelanjaan keluarga.

1

Masalah wang boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri. -Gambar hiasan

"Dulu gaji aku lagi banyak daripada laki aku, jadi semua komitmen aku yang kena bayar. Sampai satu tahap, rasa hilang hormat sebab rasa aku yang jadi provider.

"Bila gaduh, asyik ungkit je sampai satu hari tu," ujar wanita itu menerusi perkongsiannya do media sosial.

Namun kata wanita itu, keadaan mula berubah selepas suaminya bertukar tempat kerja dan mula menerima bayaran yang lebih tinggi.

Sekarang bila gaji dia lagi tinggi, auto respect aku ada kat dia.

ISTERI

Sejak detik itu, dia mula menghormati suaminya kerana tidak lagi perlu menggunakan gaji yang diperolehi untuk perbelanjaan keluarga.

"Sampai satu hari tu, laki aku dapat jump (lompat) kerja dan gaji lagi banyak daripada aku. Aku slow down dan mula hormat dia sebab dia dah boleh bayar komitmen kami.

"Sampai duit gaji aku pun tak sentuh. Kami perempuan bukannya nak duit laki, kami nak laki yang tahu tanggungjawab. Rumah, makan, pakai, nafkah yang laki bagi, bukan perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan hidup mewah dan suami gaji 30K! Wanita tak sangka duduk flat, pandu Axia sambil jaga anak tiri lebih bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji cukup makan, suami kerja ‘gomen’ ada hati buat loan 200K untuk ibu! Isteri terbaca mesej di telefon mentua

"Sekarang bila gaji dia lagi tinggi, auto respect aku ada kat dia. Dia request semua aku bagi," cerita wanita itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyelar sikap wanita itu yang meletakkan nilai wang lebih tinggi berbanding maruah suami.

"Saya sebagai isteri rasa teruk bila awak hanya hormat suami berdasarkan gaji. Awak tak hormat dia sebagai suami dan ketua keluarga.

11

Topik mengenai pendapatan suami menjadi perbualan hangat di media sosial. -Gambar hiasan

"Motif kahwin laki miskin? Ke lelaki gaji besar pun tak nak dekat kau?

"Kau sebenarnya nak suami kaya, kau bagitahu awal-awal, tak payah cerita respect respect la.

"Bala dapat bini bodoh," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain