suria

Rider kecut perut tumpahkan minuman, siap suruh minta refund... Pelanggan tunjuk reaksi tak disangka-sangka

Pesanan pelanggan merupakan satu amanah yang perlu dilunaskan. -Gambar hiasan (kanan)

SESEORANG itu tidak dapat lari daripada ujian dan cabaran dalam menjalani kehidupan seharian.

Apabila berdepan satu keadaan yang sulit, kerjasama atau bantuan daripada orang sekeliling untuk memudahkan urusan pastinya sangat dihargai.

Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang penghantar makanan dikenali sebagai Azim Hadi berasa terharu apabila dia singgah ke rumah seorang pelanggan.

Azim menerima hadiah sebotol air mineral daripada pelanggan.

Menurut Azim, dia ketika itu membawa pesanan pelanggan iaitu minuman yang diletakkan di dalam cawan plastik, namun kemudiannya berlaku insiden di luar jangkaan.

"Maaf ya aunty, air minuman yang aunty pesan ada tertumpah sikit, sebab saya naik motosikal, banyak goyang-goyang.

"Kalau aunty nak bayaran balik, boleh buat report dekat pihak pengurusan menerusi aplikasi," jelas Azim yang risau dirinya akan dimarahi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Benda kotor pun nak suruh hantar?” - Rider merungut kena bawa sampel air kencing, curi-curi buka sambil tunggu pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: Mengah ‘panjat’ tingkat 5, rider cuma fikir amanah! Tak sangka ada kejutan, nak menitik air mata baca permintaan pelanggan

Bagaimanapun, nasib baik menyebelahi Azim apabila wanita lanjut usia dipercayai berbangsa Cina itu tidak sedikit pun mengeluarkan kata-kata kesat, malah memahami.

"Hello selamat petang, tak mengapalah, saya tengok tak banyak pun air yang terkeluar. Ini ambil air mineral untuk kamu, cuaca tengah panas ni, minumlah dulu.

"Jangan risau ya adik, saya faham. Terima kasih, hati-hati bawa motor," kata wanita itu lemah lembut suaranya.

Susah nak jumpa pelanggan yang berhati mulia seperti ni, mungkin hanya satu dalam sejuta. Awak sangat bertuah.

WARGA MAYA

Sekembalinya ke motosikal, Azim menghela nafas lega kerana tidak berlaku ketegangan dengan pelanggan akibat insiden yang berlaku.

"Wah siap dapat air sekali. Syukur aunty tu sangat memahami, begitulah sepatutnya. Kita sebagai rider kalau boleh terangkan elok-elok, InsyaAllah pelanggan akan faham.

"Kalau kita sendiri yang mula tinggikan suara, mereka (pelanggan) pun akan ikut sama naik angin. Kalau kita okay, mereka akan okay juga," ujar Azim mengakhiri kata.

Pelayar bertukar pandangan.

Melewati ruangan komen, rata-rata warga maya memuji budi pekerti yang ditonjolkan Azim tatkala berlaku kesilapan daripada pihaknya.

"Baguslah awak minta maaf, saya dulu pernah rider bawa minuman, apabila saya tengok dalam cawan tu tinggal separuh je air, lain semua tertumpah. Rider tu buat tak tahu je waktu bagi bungkusan dekat saya, geram betul hati ni.

"Selepas saya bekerja sebagai penghantar makanan barulah saya faham situasi ni, sukar kita nak elak, benda nak jadi kan. Mungkin restoran kena ada inisiatif untuk buat cawan yang betul kedap.

"Susah nak jumpa pelanggan yang berhati mulia seperti ni, mungkin hanya satu dalam sejuta. Awak sangat bertuah," demikian kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain