RUPA paras atau bentuk fizikal seseorang bukan sesuatu yang boleh dipersenda atau dijadikan bahan lawak kerana ia mampu meragut keyakinan diri individu tersebut. Seorang ibu meluahkan rasa terkilan apabila mendapat tahu rakan sebaya anak sulungnya memilih kawan berdasarkan warna kulit, satu bentuk diskriminasi yang perlu dihapuskan. Menurut wanita itu, hatinya luluh apabila anaknya, Zaara, yang baru berusia lima tahun disisih oleh rakan sekelas hanya kerana tona kulitnya ‘coklat’. “Sedih rasanya, salah ke kalau warna kulit anak saya gelap? Pupuk generasi muda untuk menghargai keunikan dan perbezaan. -Gambar hiasan “Malam tadi sambil lipat baju berborak dengan Zaara yang tengah buat kerja sekolah, sebab Sabtu lepas dia (Zaara) ada hari sukan. Perasan, masa kawan-kawan lain sibuk main kejar-kejar dia tak nak join. “Dia main sekejap je, selebihnya datang dekat saya dan apabila ditanya kenapa dia tak nak main lagi, balasnya sebab penat. Tapi raut wajah tu sesuatu sangat,” tulisnya. Wanita itu cuba untuk mencari punca anaknya menunjukkan tingkah laku sebegitu pada hari berikutnya. Sambil berborak,dia bertanya pula tentang rakan-rakan yang sering bermain dengannya di rumah pengasuh. ARTIKEL BERKAITAN: Tak putih macam adik-beradik, wanita berkulit gelap ‘down’ dipanggil anak angkat... Terfikir buat ‘whitening drip’ ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sedih kenang ‘mulut orang’, datang ziarah bayi baru lahir sempat komen ‘kulit gelap’... selepas anak umur setahun ada komen lain pula! “Malam tadi tanya lagi, macam biasalah tanya dekat rumah mummy (pengasuh) buat apa? Dia jawab tolong mummy buat tu, buat ni. "Kemudian, saya tanya kakak main tak dekat sekolah dengan si A (si A selalu main dengan si B) dan Zaara jawab tak main dengan si B. “Si B tak nak kawan dengannya sebab tak suka Zaara 'coklat',” ceritanya lagi. Bercerita lanjut,katanya, dia dan suami sememangnya berkulit gelap tetapi mendengar keluhan anak membuatkan hatinya pilu. Malah, lidahnya juga kelu untuk menjawab persoalan diajukan Zaara mengenai warna kulitnya. Si B tak nak kawan dengan Zaara sebab tak suka, katanya Zaara 'coklat' IBU "Tapi kakak coklat sikit je kan bu? Tengok ni kalau bawah lampu putih je, kalau kena bayang-bayang baru coklat kan ibu? "Nanti bila kakak mandi sabun, kakak putihlah," demikian kata-kata Zaara yang membuatkan ibunya terdiam. Sebagai ibu, dia terus memberikan kata-kata semangat kepada Zaara agar keyakinan diri anak perempuannya tidak jatuh merudum. Dia cuba memujuk dengan menyuruh anaknya bermain dengan rakan-rakan lain yang sudi berkawan dengannya. Hati ibu mana tidak sedih melihat anaknya disisih. -Gambar hiasan “Jawab Zaara, dia bermain dengan si C. C ada sticker. “Lastly, saya beritahu kepadanya (dalam situasi memeluk Zaara). Macam mana pun kakak, coklat ke kuning ke biru ke (sambil cuit hidung, dia gelak) ibu tetap sayang kakak," sambung wanita itu. Dalam perkongsian itu juga, dia sempat bertanya kepada warganet sama ada tindakannya itu betul atau tidak, sambil menambah Zaara adalah seorang budak yang memendam perasaan jika sedih. “Tapi benda ni dari saya kecil-kecil dulu pun dah kena ejek sebab berkulit gelap. Pada ibu bapa di luar sana, saya percaya yang zaman sekarang ramai yang berpelajaran. “Jadi tolonglah didik anak-anak tu jaga percakapan. Jangan cakap dekat saya biasalah budak-budak. Tidak! Benda tu semua kita yang didik, kita yang corakkan anak-anak. “Saya tak cakap anak saya baik. Tapi kalau diaorang salah, saya tetap cakap perbuatan diaorang tu salah,” komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube