suria

Anak tak nak mengalah dengan bapa! Dah habis beribu bayar kos repair, selamba minta semula kereta... Siap ugut lapor polis

Kos untuk membaiki kereta memerlukan modal yang besar. -Gambar hiasan

BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila berlaku konflik dalam sesebuah keluarga, sama ada melibatkan isu harta, perbezaan pendapat dan sebagainya.

Apa yang penting, setiap isu yang berbangkit perlu diselesaikan dengan perbincangan agar hubungan kekeluargaan tidak terjejas.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang individu berkongsi situasinya dirinya yang sedang berdepan konflik dengan bapa sehingga mencetuskan ketegangan gara-gara sebuah kereta.

"Ayah saya ada bagi saya kereta dia yang dah uzur dan saya pakai selama setahun.

"Saya pun repair macam-macam problem dekat kereta ni dan kereta pun dah boleh berjalan macam biasa.

ayah 3

Konflik keluarga menjadi antara punca seseorang kemurungan. -Gambar hiasan

"Saya pun guna kereta tersebut untuk buat pergi kerja dan kereta pun park dekat rumah saya.

"Sekarang dia minta balik kereta ni dan saya tak nak bagi sebab dah habis beribu repair kereta ni," luahnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hampir pencen rancak buat hutang, tahu-tahu lebih RM800,000! Anak risau tak sempat bayar sebelum meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Baru jadi guru, bapa minta buat loan beli tanah... Takut dilabel derhaka, anak rancang burukkan rekod CCRIS

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, apa yang lebih mengejutkan apabila bapanya mengugut untuk membuat laporan polis jika permintaannya tidak dituruti.

Justeru ujarnya, dia kini buntu memikirkan langkah yang wajar diambil memandangkan dia juga keberatan untuk menuruti permintaan si bapa dan dalam masa yang sama takut dikenakan tindakan.

Kau repair tu anggaplah kau balas budi baik dia membesarkan dari kecil sampai besar.

NETIZEN

"Ayah saya cakap dia nak repot polis cakap saya curi kereta dia... geran kereta nama ayah saya.

"Kalau saya tak nak bagi juga berkemungkinan saya akan ke penjara ke?" kongsinya lagi.

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan.

Rata-ratanya menyarankan supaya dia berbincang dengan bapanya untuk mencari penyelesaian tanpa melibatkan pihak berkuasa.

ayah komen

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Namun ada juga warga maya melabel individu berkenaan sebagai anak yang berkira dengan bapa sendiri dan tidak tahu bersyukur kerana melupakan pengorbanan orang tua.

"Bincang elok-elok. Pakai sajalah sama-sama. Cuma nak cakap, ayah boleh minta balik apa-apa yang diberi kepada anak. Andai kata jadi pusaka nanti boleh je minta kembalikan kos baiki daripada waris-waris lain.

"Nak kereta tu, tunggu dia mati dululah. Kau repair tu anggaplah kau balas budi baik dia membesarkan dari kecil sampai besar.

"Better bagi je tanpa syarat, tak rugi pun. Kita yang dah berdiri, boleh kerja cari duit, dah berjaya ni pun disebabkan mak ayah kita yang besarkan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain