suria

Lelaki sudi nikah wanita disahkan sukar hamil, hanya ada sebelah ovari! Keajaiban berlaku pada ulang tahun ke-3 perkahwinan

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan cahaya mata. -Gambar hiasan

HATI wanita mana yang tidak remuk apabila mengetahui dirinya tidak mampu melahirkan zuriat buat pasangan.

Namun soal jodoh, rezeki dan ajal sememangnya rahsia Allah.

Demikian kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini mengenai keajaiban kuasa Yang Maha Esa apabila dia dikurniakan cahaya mata meskipun pada awalnya didiagnos dengan masalah kesihatan yang menutup peluang dirinya memiliki zuriat.

Dalam perkongsian di laman sosial, wanita tersebut berkata, situasi itu menyebabkan dia menolak beberapa pinangan kerana tidak mahu mengecewakan bakal pasangannya kelak.

anak 4

Anak adalah penyeri sesebuah rumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya masa umur 20 tahun dapat tahu ada ovari sebelah saja. Doktor cakap tak mungkin ada anak. Berapa banyak tolak pinangan orang.

"Setiap keluarga yang datang nak meminang, saya keluarkan result doktor," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.

Menurut wanita tersebut, dia hanya mengetahui situasi yang dialaminya selepas menjalankan pemeriksaan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak ‘berderet’ herdik kawan TTC 14 tahun, siap hina macam kain buruk! Suka tulis status menyindir, ‘pantang’ nampak orang pergi bercuti

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pejuang TTC sayu ‘malaikat kecil’ hadir dalam tempoh idah... Bekas suami tengah seronok buat persiapan kahwin lepas raya

"Doktor sarankan buat pemeriksaan untuk tahu punca kenapa period terlalu lama.

"Saya down setahun kerana tak dapat terima hakikat semua ni. Dalam kepala fikir siapa nak kahwin dengan saya.

"Last, lelaki yang terima saya ni, dia cakap dia reda tak ada zuriat," kongsinya lagi.

Bagaimanapun tanpa disangka-sangka, pada hari ulang tahun perkahwinannya yang ketiga, dia menerima berita yang paling ditunggu-tungu selama ini.

Saya pun umur 17 tahun dapat tahu rahim retroverted. Doktor cakap susah pregnant. Rela husband kahwin lain dan memang terus terang dengan husband.

NETIZEN

"Anniversary saya yang ketiga, saya dapat tahu pregnant, terus suami tak percaya.

"Alhamdulillah kuasa Allah, kami dapat dua girl dan seorang boy.

"Kita hanya perlu meminta dengan Allah. Allah akan makbulkan sama ada cepat atau lambat. Percayalah dengan qada dan qadar dari Allah," tulisnya lagi.

Perkongsian kisah wanita berkenaan membuatkan rata-rata warga maya tersentuh hati dengan kesabarannya berdepan ujian sehingga dibalas dengan anugerah tidak ternilai.

komen anak

Perkongsian kisah di ruangan komen.

"Betullah... kita-kita yang macam ni (wanita diuji) mesti dapat suami yang sangat baik. Doakan saya pula lepas ni.

"Kakak ipar saya pun ada ovari sebelah dari sebelum kahwin. Doktor cakap susah nak dapat anak. Abang saya terima saja dan tak fikir sangat. Alih-alih bunting pelamin. Kuasa Allah.

"Saya pun umur 17 tahun dapat tahu rahim retroverted. Doktor cakap susah pregnant. Rela husband kahwin lain dan memang terus terang dengan husband. Tapi sekarang kami mempunyai seorang anak lelaki," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain