suria

Penduduk kuarters otai normalisasi cop parking, penghuni baru kena buli! Parkir awam buat 'harta', suka hati block kereta orang

Hidup berjiran memerlukan setiap individu mempunyai sikap toleransi. -Gambar hiasan

SETIAP individu mahukan ketenangan apabila berada di rumah masing-masing, namun lain pula yang berlaku kepada seorang wanita.

Kehidupannya terganggu gara-gara gangguan yang ditimbulkan oleh jirannya sendiri.

Berkongsi cerita, wanita itu meluahkan pengalamannya mengenai kehidupan menetap di kediaman jenis kuarters.

Tanpa mendedahkan lokasi kediamannya, dia meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir jirannya yang didakwa tidak bertimbang rasa.

Kehidupan berjiran di sebuah kediaman kuarters. -Gambar hiasan

"Macam mana nak deal dengan jiran yang duduk kuarters ni nak ada common sense? Payah betul la.

"Pertama kali kena amaran sebab park dekat parking kereta dia. Sebenarnya sini parking percuma tapi saya tak tahu, mereka normalisasikan 'cop parking'," katanya.

Menerusi satu luahan di laman sosial, wanita itu terpaksa akur dengan situasi tersebut memandangkan mereka baru berpindah ke situ.

"Sebab kami penghuni baharu, kami pun mengalah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sakit hati housemate sewa bilik paling kecil berlagak tuan rumah! Kawal semua ruang, siap keluar memo bayar bil

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan kosong, rupanya bertuan! 9 tahun berhabis ribuan ringgit jaga rumah jiran, buang sarang ular... Langsung tak ucap terima kasih

Namun katanya, masalah datang bertimpa-timpa membabitkan jirannya mengenai isu parkir.

"Masalahnya, anak-anak mereka main petang kat bawah kuarters tu kacau kereta kami pula, siap tabur daun-daun! Sumpah, dah penat.

Penat, balik kerja nak kena hadap orang macam ni.

PENGHUNI KUARTERS

"Ni dia buat kenduri tahlil kat parking bawah, kemudian dia park kereta dia kat tempat kami yang biasanya parking di luar ya.

"Siapa tak panas? Padahal banyak parking lain tapi sampai turn dia, lah boleh pula dia park dekat parking kami? Saudara-mara atau kawan-kawan dia kalau datang lawat, dia kadang-kadang block kereta kami ye," tambahnya.

Kereta dihalang di kawasan parkir sering berlaku di kediaman bertingkat tinggi. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia enggan mengeruhkan keadaan dengan cara bergaduh dan bermasam muka.

Bagaimanapun, keadaan semakin menjadi-jadi dan berlaku berulang kali sehingga menguji kesabarannya.

"Bukan sekali, bukan dua kali ya. Kita dah buat laporan kepada pihak berkuasa yang atur parking, tapi itulah... lambat lagi (tindakan)!

"Pegawai yang in-charge pasal kuarters pun siap boleh kata, 'Itu masalah kuarters kamu'. Sepanjang nak menunggu tu agak mencabar jugalah dugaan nak berhadapan dengan orang yang bekerja tapi tak ada common sense," katanya.

Malah, dia bimbang sekiranya dirinya hilang sabar yang boleh menyebabkan pergaduhan besar dengan jiran berkenaan.

"Kita ni malas dah nak masuk fasa gaduh dengan orang otak kecil ni ya. Penat, balik kerja nak kena hadap orang macam ni," luahnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain