suria

Pandai masak aglio olio, tapi tak suka pasang mesin basuh... Ibu tunggal perlukan lelaki, terbuka hati kahwin baru - “Tapi buy 1 free 4 la”

Peranan seorang wanita bergelar ibu memang meletihkan. - Gambar hiasan

MENJALANI kehidupan sebagai ibu tunggal bukan sesuatu yang mudah.

Dialah ibu dan dia jugalah ayah, perlu memikul tanggungjawab dalam membesarkan zuriat secara bersendirian dan lebih mencabar anak-anak pula ramai.

Dek kerana itu juga terbit rasa ingin mencari pasangan baharu dalam diri sesetengah daripada mereka bagi mengisi kekosongan hati dan dalam masa sama berkongsi tanggungjawab.

women

Setiap wanita mengharapkan seorang lelaki untuk mengisi kekosongan hidupnya. -Gambar hiasan

Begitu situasi dialami seorang wanita bergelar ibu tunggal kepada empat orang anak yang mengakui sedang mencari lelaki untuk dijadikan teman hidupnya.

"Pada saat ini saya betul-betul memerlukan seorang lelaki. Install (pasang) mesin basuh macam lari lima kilometer penatnya.

"Ada tak siapa-siapa nak kahwin dengan saya. Tapi buy 1 free 4 la (kahwin dengan saya termasuk dapat empat orang anak)," kata wanita berusia 34 tahun itu menerusi hantaran di sebuah platform media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Setuju nikah janda, rupanya ‘pakej’ ibu tunggal anak 2! Lelaki bawa diri ke luar negara, sakit ditipu hidup-hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak kahwin baru, ibu tunggal rancang ‘buang’ anak 10 tahun... Patuh cakap bakal suami, enggan bela benih orang

Jelas wanita dalam 'iklannya', walaupun dia sudah mempunyai empat orang zuriat, lelaki yang ingin mendekatinya tidak perlu bimbang kerana kesemua anaknya sudah besar hingga ada yang meningkat remaja.

"Anak saya semua dah besar tau 14,13, sembilan dan tujuh. Tiada isu kena dukung anak, berjaga malam, buat susu tukar lampin. Melainkan awak yang nak anak, awak la kena jaga," katanya.

Selain itu wanita berkenaan juga mengakui cukup mahir dalam bidang memasak terutama bagi menyediakan hidangan spaghetti aglio olio.

Ada tak siapa-siapa nak kahwin dengan saya... Buy 1 free 4 la.

IBU TUNGGAL

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata sahabat kepada wanita itu mengakui masakan yang disediakannya sangat sedap dan beruntung kepada lelaki yang memilihnya menjadi isteri.

Malah, terdapat juga komen daripada ibu tunggal lain yang mengakui bukan mudah berhadapan dalam situasi tertentu yang sememangnya memerlukan kemahiran dan tenaga seorang lelaki bergelar suami.

"Sebagai kawan dia, sis approved dia masak sedap. Moga mendapat jodoh," kata seorang pelayar yang mengakui rakan wanita berkenaan.

Tayar pancit antara situasi yang tidak digemari golongan wanita. - Gambar hiasan

Tayar pancit antara situasi yang tidak digemari golongan wanita. - Gambar hiasan

"Semoga cepat jumpa jodoh tau. Saya pun sama juga empat anak. Letih... sekejap lampu rosak, sekejap oven rosak, tayar kereta pancit, sekejap pasang gas tapi macam ada bau.

"Saya pun pernah macam ni termenung fikir tiada ke orang nak kat aku smpai cakap kat kawan-kawan baik jom jalankan misi carikan aku jodoh," kata wanita yang turut mempunyai nasib yang sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain