PEMPENGARUH media sosial, Zhiddin Aziz mendakwa menerima gangguan daripada seorang lelaki bernafsu songsang ketika berada di Tanah Suci Makkah. Kejadian menggerunkan dirinya itu dikongsikan menerusi platform TikTok dan ia berlaku sewaktu Zhiddin berada di lobi hotel di Makkah. Menerusi video dimuat naik dan meraih lebih 500,000 jumlah tontonan itu, Zhiddin dilihat sempat merakam perbualannya dengan lelaki dipercayai berbangsa Arab yang mengajaknya melakukan maksiat. Lelaki itu memulakan perbualan dengan bertanya sekiranya Zhiddin, anak kepada Allahyarham Aziz Desa itu bersendirian sepanjang berada di Tanah Suci dan dia memberitahu datang ke situ bersama ibunya. Tangkap layar perkongsian Zhiddin di TikTok. "Adakah anda tinggal bersendirian di bilik hotel? Ibu awak dah ada di bilik (hotel) atau belum? "Cantik kalau begitu, mari ke bilik awak? Saya mahu luangkan masa bersama," kata lelaki itu kepada Zhiddin. Selepas pertanyaan demi pertanyaan diajukan, Zhiddin terus meminta lelaki itu berterus terang apa yang dimahukan daripada dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Dahsyat gangguan lelaki nafsu songsang! Kuat mendesak, hantar foto tak senonoh... Jurulatih kecergasan tukar kerjaya ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah” "Terus terang saja. Awak lelaki gay (homoseksual)? Awak nak buat seks dengan saya?" ujarnya kepada individu berkenaan. Lelaki itu akhirnya mengakui bahawa dia sememangnya ingin melakukan perbuatan terkutuk itu dengan Zhiddin. Zhiddin yang terkejut dengan permintaan tersebut bertegas menolak pelawaannya sambil mendoakan agar lelaki itu sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. "Saya tak mahu menjadi salah seorang daripada anda (songsang). Tolong tinggalkan saya, saya tak mahu ada dalam perbualan ini lagi. Ini pengalaman yang ketiga jumpa orang macam ni di Makkah. ZHIDDIN AZIZ "Assalamualaikum, semoga Allah merahmati awak," ujar Zhiddin kepadanya. Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat seorang lelaki berjubah putih berlalu pergi meninggalkan dirinya. Hantaran tersebut meraih perhatian warga maya yang berang dengan tindakan lelaki itu, apatah lagi ketika mereka berada di Makkah. Malah, sesetengah warga maya turut bersimpati melihat Zhiddin yang wajahnya kelihatan takut berdepan insiden itu. Membalas beberapa komen, Zhiddin menjelaskan bahawa video asal tersebut sebenarnya berdurasi 20 minit sebelum dia berjaya mengusir lelaki itu beredar. Komen netizen di TikTok. "Video asal 20 minit tau. Penat berkias. Belakang tu saya hambat suruh dia pergi terus. "Ini pengalaman yang ketiga jumpa orang macam ni di Makkah. Depan rumah kelahiran Rasulullah SAW pun ada jumpa. "Perasaan saya waktu tu bercampur. Terkejut, cuak, terkilan dan macam-macam lagilah. Sepanjang perbualan tu saya macam tak percaya saya berada di Makkah. Perbualan begitu tak patut ada di situ," ujarnya membalas beberapa komen. Selain itu juga, Zhiddin turut menghuraikan ciri-ciri lelaki Arab tersebut yang menurutnya mirip dengan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube