suria

Badan penuh calar, kesan gigitan pun ada! Kakak dedah perangai adik ipar perempuan... Ganas dengan suami, biadab layan mentua

Mangsa keganasan rumah tangga biasanya berdepan tekanan mental.

KISAH perselisihan faham antara mentua dan menantu yang tidak sebulu banyak dikongsikan secara terbuka di media sosial.

Kali ini seorang wanita mendedahkan tentang sikap menantu perempuan bersikap kurang ajar terhadap ibu mentua yang memuat naik foto keluarga di TikTok.

Berdasarkan tangkap layar mesej di platform itu yang dikongsikan kakak iparnya sendiri, si menantu didakwa menghantar mesej dengan menggunakan bahasa kasar kepada mentuanya.

"Cakap tak suka aku dah kan? Jadi kenapa ada gambar aku? Letak je gambar anak lelaki kau seorang. Tak pun letak gambar menantu kesayangan kau tu, terima kasih.

Mesej yang dihantar menantu kepada mentua di TikTok. -Gambar hiasan (kiri)

"Kalau tak nak bagi orang marah, jangan nak buat benda yang bagi orang marah," demikian kata-kata ditulis menantu berkenaan berdasarkan tangkap layar yang dikongsi.

Perkongsian tersebut dihujani pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap menantu berkenaan kerana tidak menghormati orang tua.

"Berani jamin yang mentua dia tak pernah pun keluar kenyataan (tak suka menantu) macam tu. Sama ada secara lisan atau bertulis. Dia (menantu) jenis main cakap ikut sedap hati je.

"Macam tu la cara orang burukkan mentua dekat status WhatsApp atau Instagram. Benda yang mentua tak buat direka-reka cerita dekat orang lain supaya mereka percaya," demikian kata netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dimarahi suami gara-gara merungut tak suka urus bapa mentua... Hidup rasa tak aman! - “Patut ke saya mintak cerai?”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua suka hati keluar masuk bilik tidur, menantu tidak selesa tetapi suami minta faham keadaan

Namun pada masa sama ada juga dalam kalangan netizen yang cuba memahami situasi si menantu dan ingin mengetahui kisah di sebalik mesej dikongsikan itu.

Tampil menjelaskan lebih lanjut, pengadu kemudiannya mendakwa adik iparnya disahkan mengalami masalah kecemasan berlebihan atau anxiety disorder oleh doktor namun tidak menjalani rawatan atau mengambil sebarang ubatan-ubatan.

Lebih membimbangkan apabila pengadu turut mendakwa bahawa adik iparnya terlibat dalam isu keganasan rumah tangga.

Dakwa pengadu, adik lelakinya terpaksa melakukan dua jenis pekerjaan termasukah penstriman permainan video demi memenuhi kehendak si isteri.

Ni (kesan calar) suami dia kena... isunya sebab main game live dalam TikTok.

KAKAK IPAR

Namun usaha adik lelakinya mencari rezeki dengan bermain permainan video dalam siaran langsung di platform TikTok disalah erti oleh si isteri.

Bagi mengukuhkan dakwaannya, pengadu berkongsi foto memperlihatkan keadaan tubuh adiknya dengan kesan calar dan bekas gigitan didakwa dilakukan isterinya sendiri.

"Ni (kesan calar) suami dia kena. Isunya sebab main game live dalam TikTok. Tak selalu pun dia main game. Buat live tu sebab nak dapat pendapatan sampingan lebih. Yelah nafkah je (isteri) nak sampai RM700. Masak pun tidak.

Foto menunjukkan kesan cakaran dan gigitan isteri dikongsi pengadu.

"Awal kahwin tahun lepas suami dia ada buat kerja sambilan, dua kerja satu hari sebab nak cari duit lebih. Tapi tukar-tukar kerja tempat lain sebab bini jenis kalau marah pergi serang suami dekat tempat kerja.

"Laki dia tak buat (kesalahan) apa pun, tapi tak boleh nak on call masa kerja. Ya la tengah kerja kan? Nak borak balik rumah la," jelas pengadu lagi.

Tambah pengadu, pihak keluarganya tidak sampai hati untuk membuat laporan polis terhadap adik iparnya memandangkan wanita itu sedang sarat mengandung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain