UNTUNG rugi merupakan lumrah biasa yang perlu dihadapi mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan. Selain itu, ragam pelanggan yang bermacam juga menjadi cabaran utama buat mereka. Di Facebook, seorang peniaga mendakwa dia dimarahi pelanggan gara-gara item yang dihantar tidak lengkap. Pembelian secara dalam talian boleh memudahkan pelanggan. -Gambar hiasan Menurut peniaga dalam talian itu, dia juga dihina dengan kata-kata kesat oleh pelanggan berkenaan. "Saya penjual dalam sebuah platform e-dagang. Hari ini dapat chat daripada pembeli, maki saya dengan kata-kata kesat. "Antaranya sia*, bab*, scammer dan sebagainya disebabkan barang yang dibeli hilang dalam parcel. Itu bukan kesalahan saya. Dalam hal ini, boleh ke saya ambil tindakan mahkamah... atau saya diam saja? PENIAGA DALAM TALIAN "Jika betul hilang, pembeli boleh saja tekan butang return atau refund tanpa keluarkan kata-kata kesat," kongsi peniaga itu. Dalam perkongsian di grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM), peniaga itu turut bertanya sekiranya dia boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pelanggan berkenaan. "Saya rasa sangat terhina dengan kata-kata begitu. Saya chat dengan ejen e-dagang, mereka suruh saya block saja pelanggan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga yogurt sangsi individu gigih belajar resipi... Akhirnya jual produk sama, pelanggan jadi pesaing ARTIKEL BERKAITAN: 30 minit tiada pembeli, cashier hampir terlelap... Pemuda ramal beberapa kedai bakal terkubur, bisnes online ‘sapu bersih’ pelanggan "Dalam hal ini, boleh ke saya ambil tindakan mahkamah, atau saya diam saja? Bukti perbualan ada, kata peniaga itu lagi. Di ruangan komen, seorang individu menasihati peniaga itu agar mengabaikan hal berkenaan. "Move on saja. Tak berbaloi. Daripada nak fikir bab pelanggan maki kita, lebih baik fikir macam mana nak dapatkan lebih ramai pelanggan yang membeli. Pelanggan tidak perlu keluar ke kedai kerana barangan yang dibeli akan dihantar ke rumah. -Gambar hiasan "Berniaga ni kena hati kental. Lagi banyak sale masuk, lagi hati kena kental. Kalau hati tisu, mudah terasa sebab kena maki dengan pelanggan, maka berniaga bukan bidang kita," pesan individu itu. Seorang lagi netizen turut memberikan jawapan sama dan menasihati peniaga itu agar tidak ambil pusing dengan masalah berkenaan. "Abaikan boss. Tak berbaloi, rugikan masa kejar masalah ini. Block saja dan move on," tulis seorang lagi pelayar Facebook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube