PASTINYA berkecai hati ini apabila pengorbanan untuk orang yang tersayang tidak dihargai. Melalui satu hantaran di laman X, seorang lelaki meluahkan rasa kesal dengan teman wanitanya yang terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuknya. Menurut lelaki itu, dia dan pasangannya mengadakan perhubungan jarak jauh (PJJ), bermakna mereka hanya berjumpa sekali-sekala apabila berkesempatan. Mempunyai hubungan yang bahagia merupakan impian setiap insan. -Gambar hiasan "Aku dah lama tak jumpa teman wanita aku, dia duduk di Kuala Lumpur, kali terakhir bertemu tiga bulan lepas. Rasa rindu yang teramat, jadi aku pun buat perancangan untuk lawat teman wanita aku tu. "Aku sanggup datang seorang diri ke Kuala Lumpur, aku book hotel tiga hari. Aku siap plan itinerari nak pergi ke tempat-tempat yang menarik dengan dia. "Bukan setakat tu, aku juga buat research dekat mana pejabat pasangan aku, kot-kot aku nak datang buat surprise. Tapi risau pula kacau waktu bekerja dia, jadi aku memang pilih untuk keluar waktu cuti hujung minggu. ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 2 pagi GF merengek nak aiskrim, pemuda gigih hantar demi sayang... Sudahnya kena tinggal, awek pilih lelaki pandu Lamborghini! ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak ingin kahwin lepas dapat tahu bakal isteri ditangkap basah tepi tasik... Makin geram duit hantaran pun lebur! "Dalam semangat untuk aku berjumpa dia, tiba-tiba pasangan aku mesej cakap dia sibuk untuk weekend tu. Aku pun balas, nak jumpa sekejap je tak boleh ke?" soal lelaki tersebut dalam nada kecewa. Tambah lelaki itu, jika benar wanita itu mempunyai perasaan terhadapnya, pasti dia akan berusaha melapangkan masa bersama. "Takkan la dalam masa beberapa hari aku datang ke Kuala Lumpur ni, tiada langsung masa dia nak bersua muka dengan aku? Kali terakhir aku periksa, dia bukan bekerja sebagai perdana menteri yang menguruskan negara. Kita semua pernah berada di fasa seperti ini, sanggup merendahkan martabat diri demi cinta. WARGA MAYA "Sudah la aku diperlakukan sebegitu, dia sendiri pun tak minta maaf atau bagi penjelasan atas apa yang sebenarnya berlaku. Akhirnya aku menangis seorang diri di dalam bilik hotel mengenangkan nasib diri. "Mujur aku tak jadi gila, sedih sangat rasa apabila masa aku disia-siakan begitu sahaja oleh orang yang tak tahu menghargai. Aku ni mentah-mentah diperbodohkan," ujarnya mengakhiri kata. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpandangan lelaki itu perlu mengundur diri supaya harga dirinya tidak terus dipijak. Pelayar bertukar pandangan. "Aku pernah juga berada dalam situasi macam ni, ketika tu aku baru je lepas kemalangan motosikal. Dalam keadaan yang sakit aku pergi jumpa pasangan aku. Tapi apabila aku bertentang mata dengan dia, sikit pun dia tak ambil kisah. "Ketika tu aku macam nak menangis, tapi aku cuba cekalkan hati. Kita semua pernah berada di fasa seperti ini, sanggup merendahkan martabat diri demi cinta. Ambil pengajaran daripada kisah kita semua, sentiasa utamakan kehormatan diri. "Apabila dah berlaku keadaan macam ni, ia merupakan petunjuk jelas tentang kedudukan awak di matanya. Jangan buang masa lagi, teruskan angkat kaki," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube