KISAH mengenai penyewa meninggalkan rumah sewa dalam keadaan teruk selepas berpindah keluar banyak dikongsikan di media sosial. Seorang pemilik kediaman berdepan masalah sama apabila penyewa rumahnya menunjukkan ciri-ciri individu pengotor dengan tidak menjaga kebersihan unit yang didiami. Menurut pemilik berkenaan yang merupakan seorang wanita, dia sangat terkejut melihat keadaan kediamannya yang dipenuhi dengan sampah sarap dan bungkusan yang dilonggokan tanpa dibersihkan terlebih dahulu sebelum penyewa berpindah keluar. "Sebelum ini memang banyak kes viral mengenai penyewa-penyewa seperti ini. Tak sangka kali ini terkena batang hidung sendiri. Keadaan rumah selepas ditinggalkan penyewa. "Kami anggap ini 'hadiah' dari Allah. Alhamdulillah, kami suami isteri hadap dengan tenang. "Disewakan kepada seorang pelajar perempuan. Memang sengaja cari yang tak ramai supaya dapat menjaga rumah dengan baik tetapi berlaku sebaliknya," ujarnya menerusi kapsyen video dimuat naik. Berdasarkan tangkap layar mesej WhatsApp yang dihantar kepada tuan rumah, penyewa berkenaan yang merupakan seorang pelajar perempuan dilihat meminta penangguhan masa untuk membayar tunggakan sewa. ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes maju, kereta banyak tapi duduk rumah sewa... Lelaki ini bahagia bayar RM210 sebulan sejak 14 tahun lalu ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah pening layan pelajar IPT, batal janji sewa saat akhir... Duit deposit pula dah habis beli tilam, katil baharu "Boleh tak kalau saya nak minta masa lebih sikit sampai hujung minggu depan. Saya minta maaf kak. Saya ada RM300 je sekarang. "Terima kasih akak sebab banyak tolong saya. Saya serba salah takut akak rasa saya penyewa yang tak elok," demikian mesej yang dihantar oleh penyewa kepada tuan rumah. Menerima mesej tersebut, pemilik memberikannya masa lebih kurang seminggu supaya tunggakan sewa dilangsaikan. Dalam mesej perbualan yang sama, pemilik turut meminta agar penyewa menghantar foto bahagian atas dan bawah rumahnya kerana dia tidak sempat untuk ke sana. Sebab kes macam ni la saya takut nak bagi sewa rumah saya. NETIZEN Selepas seminggu, tuan rumah kembali menghubungi penyewa kerana belum menerima bayaran seperti mana dijanjikan. Pelajar perempuan berkenaan bagaimanapun minta diberikan tempoh dua hari lagi dengan memberi alasan dia terlepas pandang kerana baru keluar dari unit rawatan rapi (ICU). Malah dia turut menghantar sekeping foto menunjukkan suasana di wad. Susulan kejadian ini, pemilik kediaman meminta orang ramai yang mengenali pelajar berkenaan supaya menghubunginya. "Bagi sesiapa yang ada kenalan bahagian pengurusan pelajar di MIMET atau Hospital Manjung boleh hubungi saya. "Teringin juga nak tahu khabar adik (penyewa) ni. Katanya keluar masuk hospital tahun ni, jadi sudah tangguh semester dan sebagainya," ujarnya. Hantaran dikongsi meraih pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasib menimpa tuan rumah. Komen netizen di TikTok. Rata-rata warga maya turut berkongsi kisah hampir sama berlaku kepada mereka sebagai pemilik kediaman yang disewakan. "Sebab kes macam ni la saya takut nak bagi sewa rumah saya. Biar pun sekangkang kera je rumahnya tapi makan modal banyak nak buat semula. "Saya sebelum keluar rumah memang sental habis. Tuan rumah datang semak, dia puji cakap bersihnya. Tombol yang memang rosak kami tukar. Dinding cat bagi elok. Tikar getah memang elok sangat kami tak buka. Senang penyewa baharu masuk," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube