suria

Wanita dimarahi suami gara-gara merungut tak suka urus bapa mentua... Hidup rasa tak aman! - “Patut ke saya mintak cerai?”

Tidak semua individu selesa menetap sebumbung dengan mentua. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN pasangan memilih untuk tinggal berasingan dengan keluarga apabila mendirikan rumah tangga atas pelbagai alasan, antaranya mahu hidup berdikari dan privasi.

Namun begitu, ada juga yang terpaksa tinggal di bawah satu bumbung atas faktor ibu bapa sudah uzur dan perlukan perhatian.

Berlainan pula dengan situasi yang sedang dilalui seorang wanita ini yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila bapa mentuanya sendiri memilih untuk tinggal bersamanya.

ayah 1

Bebanan kerja rumah menjadi punca isteri mengalami 'burn out'. -Gambar hiasan

"Saya baru berkahwin, tapi rasa tak aman sebab satu hal ni. Suami ada ayah, ada ibu tiri. Tapi ayahnya nak duduk dengan anak-anak menantu, ibu tiri pula tinggal berasingan.

"Jadinya makan minum, kain baju dia saya yang kena urus, padahal ayahnya ada isteri," tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Wanita itu berkata, dia cuba menyuarakan rasa kurang senang dengan situasi tersebut kepada suaminya namun reaksi lelaki berkenaan tidak seperti yang diharapkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua suka hati keluar masuk bilik tidur, menantu tidak selesa tetapi suami minta faham keadaan

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap wanita datang haid kotor... Bapa mentua marah menantu masak untuk keluarga, tak sentuh makanan dihidang

"Suami marahkan saya sebab saya tak nak urus makan minum ayah dia.

"Sebab saya cakap ayah dia ada isteri, apa fungsi isteri dia kalau saya yang kena buat semua tu? Alasan suami, dia kesian dekat ayah dia. Jadi saya pula kena buat semua tu," luahnya lagi.

Kalau saya pun tak mahulah. Kahwin untuk jadi kuli urus ayah mentua padahal ada bini sendiri.

NETIZEN

Tambah wanita berkenaan, situasi tersebut membuatkan dia terlintas untuk memohon penceraian kerana tidak sanggup bertahan melakukan perkara yang tidak ikhlas.

"Patut ke saya mintak cerai? Fikir-fikir balik sampai bila saya kena buat semua ni?

"Saya jadi tak ikhlas, tak reda dengan semua ni," tulisnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan memahami situasi wanita berkenaan.

komen ayah

Sebahagian daripada reaksi warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Kalau saya pun tak mahulah. Kahwin untuk jadi kuli urus ayah mentua padahal ada bini sendiri.

"Jika awak tak nak buat, tak perlu buat. Just inform husband itu bukan tanggungjawab awak. Kalau husband insist, minta dia hire maid khas untuk jaga bapa dia.

"Rasanya kalau ayah mentua dia tak ada isteri, dia sanggup menjaga. Tapi masalahnya ayah dia ada isteri, cuma ayahnya yang suka duduk dengan anak menantu.

"Isteri tak wajib jaga makan minum mentua dia. Tanggungjawab isteri jaga suami dan anak-anak dia sahaja, tapi kalau buat dapat pahala. Tanggungjawab suami jaga mak ayahnya," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain