PEKERJAAN dalam bidang kolar biru seperti penghantar kurier misalnya memerlukan seseorang itu mengerah keringat dan keupayaan fizikal. Ditambah pula dengan kerenah manusia yang pelbagai menyebabkan tugasan harian menjadi semakin sulit. Merupakan satu rahmat tidak ternilai sekiranya ditemukan dengan pelanggan berhati mulia yang memahami serta ikhlas untuk melancarkan urusan. Wang dimasukkan ke dalam sampul. Melalui satu hantaryan di laman TikTok, seorang pemuda berkongsi pengalaman yang menyejukkan hati ketika singgah ke sebuah rumah pelanggan bagi menghantar barang. Menurut pemuda itu, ketika waktu tersebut pelanggan berkenaan tiada di rumah dan hanya meninggalkan pesanan untuk meletakkan bungkusan di pintu masuk kediaman. Difahamkan pelanggan itu membuat pilihan untuk menerima barang menggunakan kaedah pembayaran tunai semasa serahan atau cash on delivery (COD). ARTIKEL BERKAITAN: Pening layan kerenah pelanggan COD, abang kurier pandai-pandai genapkan harga... Bukan kedai runcit sentiasa ada duit ‘pecah’ ARTIKEL BERKAITAN: Pening cari duit COD, pelanggan kata sorok tepi selipar ungu tapi tak ada! Jumpa benda lain dilekat di tembok "Terima kasih orang baik, semoga murah rezeki. Kisahnya begini, ada satu hari tu, saya hantar barang ke rumah pelanggan tapi tuannya tiada di rumah, jadi dia tinggalkan pesanan untuk saya. "Dia cakap... saya tengah bercuti ni, tapi duit saya dah letak bawah tong merah ya, pagar tak berkunci. Duit tu ada baki RM4, ambil je saya sedekah," ujarnya senang hati. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkata amalan sebegini sangat dihargai oleh petugas kurier mahupun penghantar makanan. Sangat besar berkat dalam kehidupan sekiranya memudahkan urusan orang lain. WARGA MAYA "Macam ni baru kami suka, bukannya hanya tahu order tapi waktu nak bayar tetiba ghaib. Sudah la beli guna COD, dua tiga kali juga penghantar kurier terpaksa ulang-alik ke rumah untuk tunggu bila orangnya nak keluar. "Sangat besar berkat dalam kehidupan sekiranya memudahkan urusan orang lain. Macam saya sendiri sebagai seorang pelanggan perempuan, saya selalu juga buat begini sebab segan nak keluar rumah. Pelayar bertukar pandangan. "Tapi kadang-kadang tu apabila kita dah kerap sangat memudahkan urusan orang, nanti kita pula yang diambil kesempatan. Contoh ada sekali tu, berlaku kematian dalam keluarga saya, jadi telefon memang saya tak sempat tengok. "Rupanya ada barang saya order COD baru sampai, teruk juga saya kena maki waktu tu dengan abang kurier. Benda nak jadi kan, padahal sebelum ni saya tak pernah pun berkira dengan mereka setakat RM10," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube