suria

Terus letak balik penyepit... Pemuda terkejut makcik peniaga tepi jalan caj karipap saiz kecil RM1.20 sebiji, rasa pun tak sedap mana

Tidak beretika untuk peniaga meletakkan harga tinggi demi keuntungan berganda. -Gambar hiasan

PENIAGA makanan dan minuman seharusnya berlaku jujur ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan.

Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang pemuda meluahkan rasa kesal dengan sikap peniaga karipap yang didakwa mencekik darah.

Menurut pemuda itu, dia pada mulanya singgah membeli karipap di sebuah gerai tepi jalan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Harga makanan di gerai sepatutnya bersifat marhaen. -Gambar hiasan

Namun dia akhirnya dikecewakan apabila mengetahui harga sebiji karipap bersaiz kecil adalah RM1.20, sungguh tidak padan dengan harga.

"Stres betul pagi-pagi aku dah kena hadap karipap sekecil ini, rasa pun tak sedap mana. Nasib baik waktu aku bersemangat ambil kuih tadi, mulut ringan nak bertanya makcik tu berapa harga sebiji karipap.

"Apabila aku dengar RM1.20 sebiji, terus letak balik penyepit ni. Entah la makcik, cuba cerita sikit apa faktor yang menyebabkan makcik rasa berpatutan untuk jual sebiji karipap pada harga RM1.20.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas akauntan gembira jual nasi lemak lobster, ada pelanggan sanggup berbelanja sampai RM1,200

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik sergah gadis jual nasi lemak, anggap sebungkus RM3 mahal! Dah diberi diskaun tolak pula - “Tak mahu, kau tidak ikhlas”

"Mohon tutup je la kedai tu makcik, pergi balik kampung sana dan muhasabah diri," ujar pemuda itu kurang berpuas hati.

Tambahnya lagi, bayaran karipap tersebut tidak masuk akal sekiranya dibandingkan dengan harga pasaran.

"Kalau kita tengok kedai lain yang jual karipap, mereka biasanya letak harga sebiji karipap sekitar 50 sen hingga 70 sen. Maksudnya beli tiga karipap boleh dapat dalam RM2, macam tu baru berbaloi.

Kena periksa apa yang dia letak dalam karipap tu, kot-kot ada inti caviar.

WARGA MAYA

"Ini RM1.20 bagi sebiji karipap, makcik tu buka kedai tepi jalan je kot. Setakat pacak meja, bukannya perlu bayar beribu-ribu sebulan untuk sewa tapak seperti kedai francais. Tak ada langsung alasan relevan nak tekan harga.

"Malah aku pernah jumpa kedai fancy (mewah) yang jual karipap RM1, itu boleh faham la. Mereka ada prosedur operasi standard (SOP) tersendiri, seperti saiz karipap dan inti yang digunakan juga lebih premium.

"Cara karipap tu dihidangkan adalah lebih 'canggih' bersama bekasnya semua. Tak wajar dibandingkan dengan makcik jual karipap tepi jalan, mereka bukan dalam kelas yang sama," kata pemuda itu menghakhiri kata.

Pelayar bertukar pandangan.

Melewati ke ruangan komen, warga maya turut bersetuju dengan kritikan yang dilontarkan pemuda itu.

"MasyaAllah kalau beli lima karipap makcik tu, sama dengan dah boleh bawa balik sepaket tepung. Sangat mahal ya, kena periksa apa yang dia letak dalam karipap tu, kot-kot ada inti caviar (telur ikan sturgeon).

"Mak saya pun jual karipap pusing dengan inti penuh, harga 60 sen je sebiji. Daripada mana yang boleh datangnya mazhab RM1.20 ni?

"Tak kisah la kalau kos barang mentah naik pun, kena bagi makcik tu reality check," demikian kata pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain