KETERUJAAN sepasang suami isteri untuk menunaikan solat berjemaah di masjid sambil mendidik anak-anak supaya sentiasa dekat dengan rumah Allah berdepan pengalaman pahit yang sukar ditelan. Menurut cerita si ibu, mereka mula menyimpan azam untuk membawa anak menunaikan solat di masjid sekurang-kurangnya dua kali seminggu pada waktu Isyak. Namun semangat itu hampir dipudarkan selepas anak-anak kecil yang dibawa ditegur anggota kariah masjid yang tidak dinyatakan lokasi itu. "Buat pertama kali saya balik dari masjid dengan rasa sedih dan terhina. Mungkin saya salah pilih tempat atau memang tak semua masjid boleh terima kehadiran anak-anak kecil. "Pada malam kedua saya bersolat di masjid itu, selepas bersalaman dengan makcik-makcik sebelah... datang seorang makcik menegur. Setiap orang perlu menjaga tingkah laku ketika berada di masjid. -Gambar hiasan "Dia suruh beritahu anak-anak jangan bising dekat masjid. Kata dia malam sebelum tu pun bising sangat mereka ni," katanya dalam satu hantaran di TikTok. Ujar wanita itu, teguran daripada makcik itu mencetuskan rasa kurang senang dalam hati terutama apabila anaknya yang berusia dua tahun itu dianggap mengganggu. Namun wanita itu cuba bertenang dengan meluangkan masa kira-kira 15 minit lagi untuk membaca al-Quran. Pada ketika itu dia membiarkan anak-anak bermain dan berlari di ruang solat lelaki dalam pemantauan suaminya. Tanpa diduga dia sekali lagi tersentak ketika mendengar suara keras seorang pakcik menegur perbuatan anak-anaknya bermain di dalam ruang solat masjid. ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak berlari, menjerit dalam masjid waktu solat tarawih... Ada jemaah tak senang, tapi imam Masjid Besi kata rindu ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘marah’ tengok masjid luas, satu saf pun tak penuh! Masa PKP ‘bising’ rindu nak berjemaah, siap maki agamawan "Nak bawa anak ke masjid ni boleh tapi jangan la biarkan anak-anak berlari satu masjid. Anak-anak ni tak salah sebab dia tak faham tapi yang salahnya mak bapa yang biar je anak tak ditegur. "Saya tersentak sekejap, tapi saya teruskan baca al-Quran. Tiba-tiba anak datang dalam keadaan sebak menahan tangis. Kemudian bercucuran air mata dia jatuh. "Apabila saya tanya kenapa dia tak jawab. Tapi saya kasihan anak ni sebab hati tisu sangat kalau orang tinggikan suara," katanya menceritakan semula situasi. Memandangkan anaknya yang masih kecil itu masih dalam proses belajar tentang adab ketika berada di masjid, dia akur dengan apa terjadi. Kami mengesyorkan agar pihak masjid mengawasi kanak-kanak dengan tatasusila dan akhlak yang baik seperti tidak menengking. DATUK SERI DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI BEKAS MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN "Saya pun pujuk dan ambil kesempatan untuk fahamkan dia yang masjid ni tempat orang solat... jadi kita tak boleh bising. "Tapi paling sedih apabila dapat soalan paling innocent sampai mata saya pun berair. Anak tanya... mama, masjid ni tempat orang tua je ke? "Saya beritahu masjid ni untuk semua tapi malam ni kita salah pilih masjid. Nanti kita cari masjid lagi best," katanya. Tambah wanita itu, dia tidak mempunyai masalah sekiranya ahli kariah menegur tentang perilaku anak-anaknya, tapi biarlah ia dibuat dengan cara lebih beradab dan tak memalukan. Komen netizen di TikTok. Jelasnya dalam hantaran tersebut, dia memilih untuk tidak lagi membawa anak-anak ke masjid berkenaan sebaliknya cuba mencari lokasi lain yang berkemungkinan lebih mesra anak kecil. Perkongsian wanita itu ternyata meraih pelbagai pandangan netizen tentang perihal membawa anak ke rumah ibadat. "Niat sis dah bagus cuma kalau nak bawa anak yang kecil, bekalkan sekali mainan. Bukan semua masjid sediakan. Kalau ada yang sediakan tu bagus la. "Pendapat saya, sis tunggu anak umur lima atau enam tahun baru bawa. Masa tu mereka sudah faham. Bukan tak bagus bawa awal-awal. Sangat bagus tapi kalau hal macam ni berulang lagi, kasihan pada anak-anak nanti," komen netizen. Zulkifli berharap agar pihak masjid memainkan peranan yang penting sebagai institusi penyatuan ummah. Sementara itu bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pernah menjelaskan tentang membawa anak-anak untuk memeriahkan serta mengimarahkan masjid. Katanya membawa kanak-kanak untuk hadir ke masjid adalah bertepatan dengan ruh syarak. "Namun menjadi saranan buat ibu bapa agar memainkan peranan dengan memerhatikan tingkah laku anak-anak, mendidik dan mengingatkan mereka akan tingginya kehormatan dan kedudukan masjid di dalam Islam," katanya. Dalam masa sama Zulkifli juga berharap pihak masjid agar dapat memainkan peranan yang penting sebagai institusi penyatuan ummah, tempat penyebaran ilmu, serta medan zikrullah. "Kami juga mengesyorkan agar pihak masjid mengawasi kanak-kanak dengan tatasusila dan akhlak yang baik seperti tidak menengking, tidak memarahi, mengkasari, serta tidak memukul kanak-kanak. "Sebaliknya pamerkanlah akhlak yang baik serta tunjuk ajar supaya terjalin binaan kasih sayang di antara ibubapa, pihak masjid, serta kanak-kanak itu sendiri," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube