PEMERIKSAAN mengejut atau spot check kerap dibuat di sekolah-sekolah demi memastikan para pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Di Facebook, kaunselor di sebuah sekolah berkongsi kisah seorang murid yang kantoi melakukan pelbagai kesalahan ketika pemeriksaan mengejut dibuat pada Isnin. Menurut Abdul Muiez, remaja lelaki itu bukan sahaja tidak menjaga kekemasan diri, malah turut melakukan kesalahan membawa rokok elektronik dan peranti pintar ke sekolah. Pelbagai jenis rokok elektronik yang menjadi kegilaan anak muda. -Gambar hiasan "Jarang pengetua buat spot check. Tapi apabila buat, tangkapan besar punya. Saya anggap murid ni tak bernasib baik semalam (Isnin). Dia berjalan, pengetua tegur rambut. "Alang-alang tu periksa beg sekali. Dapat vape, dapat handset, dapat power bank, dapat tangkap kesalahan rambut. Jackpot," ujarnya dalam perkongsian pada Selasa. Menurut Abdul Muiez, guru disiplin kemudiannya menghubungi ibu pelajar itu untuk memaklumkan tentang rampasan yang dibuat dalam pemeriksaan mengejut di sekolah. Mesti ibunya dah penat tegur tapi tak jalan... akhirnya dia serahkan pada pihak sekolah. ABDUL MUIEZ GURU KAUNSELING Namun apa yang lebih mengejutkan, ibu pelajar itu merelakan anaknya dihukum atas kesalahan yang dilakukan. "Cikgu disiplin hubungi mak. Alhamdulillah, bagus mak murid ini. Maknya kerja bagus, ayahnya pun kerja bagus. Tapi apabila bab anak, maknya serahkan saja pada pihak sekolah. "Mak dia kata eloklah cikgu rampas, dia minta cikgu simpan telefon itu. Emaknya juga benarkan anaknya dirotan atas kesalahan bawa vape. Jarang jumpa mak ayah macam ni. ARTIKEL BERKAITAN: Senang kerja! Warden buat live TikTok ketika spotcheck dorm pelajar, otai hadir dedah port rahsia sorok barang larangan ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua kaki punggah! Ipar pun sama naik ‘spot check’ rumah masa raya... Wanita stres hadap perangai penyibuk! "Biasanya apabila anak kena tangkap bawa telefon... pukul 10, pukul 11 ayah dah datang bawa geng. Semoga anak-anak macam ni akan terus cemerlang akhlak dan akademik," tulisnya. Dalam hantaran sama, Abdul Muiez berkata murid berkenaan juga mengakui kesilapannya dan sudah memohon maaf kepada guru. "Murid ni budak baik. Dia mengaku kesilapan dia. Lepas kena rotan, dia minta maaf. Salam cikgu cium tangan. Bagus budaknya. "Tapi mungkin tergelincir sikit. Harapnya hukuman ni akan menarik dia kembali ke landasan," ceritanya lagi. Guru memainkan peranan penting dalam memastikan tahap disiplin murid-murid di sekolah. -Gambar hiasan Di ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan ibu remaja itu yang berbeza dengan sikap kebanyakan ibu bapa pada hari ini. "Alhamdulillah masih ada ibu ayah yang betul-betul yakin dengan cikgu. "Mesti ibunya dah penat tegur tapi tak jalan. Akhirnya dia serahkan pada pihak sekolah. "Moga dia berubah menjadi pemuda yang cemerlang dunia akhirat," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube