suria

Malas layan aduan buli, cikgu ugut pindah ke meja belakang... Paling tak masuk akal kes ditutup, pembuli dianggap tak sengaja

Pendedahan seorang individu mengenai kes buli melibatkan anaknya meraih perhatian ramai di Facebook.

SEORANG individu mendakwa guru di sekolah anaknya tidak bertindak serius untuk menangani gejala buli dalam kalangan murid-murid.

Tanpa mendedahkan identiti dan nama sekolah, individu itu mendakwa buku milik anaknya dikoyak dan dibaling oleh kumpulan pembuli berkenaan.

Lebih malang, dia berkata aduan yang dibuat menemui jalan buntu, malah kes berkenaan juga ditutup atas alasan perbuatan buli itu tidak disengajakan.

Story on student bully incident, picture showing a few student are bullying a other student while recording the incident. Just posing photo by model. — FAIHAN GHANI/The Star

Mangsa buli biasanya akan mengalami gangguan emosi sehingga tidak mahu ke sekolah. -Gambar hiasan

"Anak saya kena buli di sekolah rendah. Anak saya perempuan dan agak pendiam. Pembuli ajak anak saya masuk geng dia, anak saya tak nak. Lepas tu pembuli dan geng dia mula ejek. Pembuli rampas buku anak dan koyakkan.

"Anak saya beritahu cikgu, tapi cikgu buat tak kisah. Saya WhatsApp guru kelas, dia kata nanti dia nasihat. Lepas dua hari, pembuli baling buku anak saya. Saya WhatsApp lagi. Guru panggil pembuli dan anak saya ke bilik kaunseling.

"Keluar memo kata pembuli tak sengaja, tutup kes. Guru kelas WhatsApp saya, kalau ada aduan lagi, guru akan tukar anak saya ke meja belakang duduk seorang. Kenapa macam tu? Macam anak saya bersalah," tulis pengadu.

Kalau ada aduan lagi guru akan tukar anak saya ke meja belakang duduk seorang... macam anak saya bersalah.

PENGADU

Kisah itu dikongsi menerusi grup Facebook Peguan dan Pengguna Malaysia (PPM).

Dakwa pengadu, anaknya kini trauma dan mula tidak bersemangat untuk menghadiri sesi persekolahan.

Di ruangan komen, seorang wanita mendedahkan anaknya juga pernah menjadi mangsa buli.

ARTIKEL BERKAITAN: Disepak ketika turun tangga, ibu geram anak darjah 6 dibuli... Tak cukup surat layang panggil sundal, dimalukan di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan kerap dibuli rakan sekelas hidap ADHD, budak darjah 2 ‘buka langkah’ taekwondo! Selama ini masih sabar sebab OKU

Dalam penulisannya, wanita itu turut memberi saranan kepada pengadu agar membawa kes itu ke peringkat lebih tinggi.

"Berdasarkan pengalaman sendiri, anak saya pun dibuli di sekolah. Balik rumah, menangis, menjerit dan kemurungan. Ni anak perempuan ya. Yang buli pun perempuan, ala-ala samseng.

"Apa saya buat, saya dan suami bagi sokongan moral dan cutikan anak dari sekolah. Dalam masa sama, kami beritahu grup WhatsApp sekolah yang anak tak hadir sebab dibuli. Kami laporkan pada sekolah.

"Kami buat surat bertulis juga. Alhamdulillah, cikgu ambil maklum dan ambil tindakan. Jika berlaku lagi, kami akan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Sekarang anak dah okey," kongsi wanita itu.

Pose pics for the story on bully cases on the group of kids on May 31.—AZMAN GHANI/The Star

Ada mangsa buli yang mengalami gangguan mental gara-gara trauma berpanjangan sejak usia muda. -Gambar hiasan

Beberapa pelayar Facebook turut memberi saranan sama agar kes itu dipanjangkan ke pengetahuan pihak berkuasa memandangkan guru kelas gagal menyelesaikan masalah yang berlaku.

"Cikgu pemalas tu, tindakan yang puan boleh buat, screenshot WhatsApp puan dengan guru itu, print dan buat surat aduan kepada guru besar.

"Kalau cikgu macam tak ambil kisah, senang, lapor polis dan terus ke PPD. Ini cerita dari pengalaman saya. Jangan bagi muka bab buli.

"Boleh laporkan pada polis. Lepas tu hantar saja salinan ke pejabat PPD. Baru jadi besar sikit kes," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain