SIKAP segelintir penghuni di kawasan kediaman bertingkat yang tidak cakna tentang kebersihan tempat pembuangan sampah boleh mengundang musibah khususnya penyakit berbahaya dan jangkitan kuman. Namun berbeza dengan sikap lelaki apabila menunjukkan teladan baik dalam menjaga kebersihan di sekitar tempat pembuangan sampah demi keselesaan para penghuni. Video ketelusan hatinya yang tanpa jemu mengutip dan mengemas sampah berselerak dan bertaburan di atas tanah dikongsikan isterinya di akaun TikTok dengan nama Sarah Taste. Tangkap layar video ketika suami Sarah mengutip sampah. "Apabila suami seorang yang suka kemas tong sampah," tulisnya menerusi video yang meraih perhatian ramai itu. Menurut Sarah, suaminya begitu prihatin tentang kebersihan kawasan pembuangan sampah hingga dia sanggup meluangkan masa untuk mengemas kawasan berkenaan. Jelas si isteri yang kagum dengan sikap suaminya, tindakan mengutip sampah bertaburan ini dilakukan tanpa mengira hari dan masa. "Apabila nak keluar dan ada masa lapang, suami suka kemas tong sampah yang bersepah. Tak sedap mata memandang katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat penduduk flat buang sampah buat netizen ‘sakit mata’, campak tak masuk tong! - “Patut print muka tampal di dinding” ARTIKEL BERKAITAN: Lepas puas ‘healing’ tinggal sampah! Penduduk tepi sungai penat hadap pengunjung pengotor, lampin bayi pun ada "Malam-malam pun dia kemas. Ada ke orang lain yang cakna fasal kebersihan macam ni?" katanya. Tambah Sarah, sebagai isteri dia begitu berbangga dengan sikap suaminya itu kerana sekurang-kurangnya ia menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. "Tapi apa suami buat, dia tak rakam dan tunjuk. Isteri dan anak-anak je yang curi-curi rakam. Tauladan dan didikan yang mantap untuk anak-anak... mereka perlu tengok saja, nanti akan ikut jejak langkah si ayah. WARGA MAYA "Nak keluar malam-malam pun, kalau nampak ada lampu tangga tak menyala, suami berhenti sekejap dan pergi betulkan. "Anak-anak la yang memerhati. Tengok apa yang abah dia buat. Jadi tauladan baik untuk dicontohi. Buang sampah di tempat yang betul. Jaga kebersihan tempat kita," ujarnya. Hantaran yang dikongsikan Sarah meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji lelaki berkenaan. Komen netizen di TikTok. "Kami perlu lebih banyak orang baik macam ni. "Tauladan dan didikan yang mantap untuk anak-anak. Mereka perlu tengok saja. Nanti akan ikut jejak langkah si ayah. "Sediakan tisu basah dan pembasmi kuman untuk suami awak. Sokong usaha dia dan jaga kesihatan dan kebersihan dia sekali sebab banyak pegang sampah tu," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube