suria

Terima panggilan nak pinjam duit, alasan balik jenguk mak sakit... Pemuda tak sangka rupanya asbab kawan dapat jumpa ibu buat kali terakhir

Ada individu terpaksa menebalkan muka meminjam wang atas sebab kecemasan. -Gambar hiasan

SITUASI terdesak menyebabkan seseorang itu sanggup menebalkan muka meminjam wang daripada adik-beradik atau rakan terdekat.

Namun tidak dinafikan apabila membaca pengalaman orang lain ataupun diri sendiri pernah berdepan dengan individu yang liat membayar hutang menyebabkan ada segelintir daripada kita serik untuk menjadi terlalu baik.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar berkongsi kisah menyentuh hati tentang rakannya yang terpaksa meminjam wang daripadanya kerana mahu pulang menziarahi ibu yang sakit di kampung.

"Semalam kawan yang dah lama tak berhubung call nak minta bantuan... pinjam duit la kan.

"Aku memang selalu tengok media sosial dia pasal dia dan keluarga dia. Dia tanya boleh tak nak minta pinjam sikit... sekarang ni dia kerap berulang-alik dari Shah Alam ke Temerloh sebab mak dia masuk hospital.

"Aku bukanlah tak percaya dia sebab dia pernah je pinjam duit dan bayar balik. Jadi aku bagi pinjam pada dia dan doa agar mak dia dipermudahkan semuanya," tulisnya.

ibu duit

Islam mewajibkan umatnya membayar hutang mereka. -Gambar hiasan

Tambah pelayar berkenaan, dia tidak menyangka keadaan ibu kepada rakannya benar-benar kritikal sehingga dia menerima khabar duka mengenainya sehari kemudian.

"Malam tadi dia beritahu mak dia dah ditidurkan dan kena hantar ke (hospital) Kuantan sebab dah kritikal," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat loan 60K bantu langsai hutang sahabat, tapi pengorbanan tak dihargai... Pemuda ini merana bayar bulanan bank

ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap banyak duit, suami jadi ‘bank’ kawan-kawan... Culas bayar nafkah, kereta isteri pun bagi rakan pinjam berminggu

Lebih mengejutkan, pada petang hari yang sama dia sekali lagi menerima berita yang tidak disangka-sangka.

"Pagi tadi aku macam nak mengajak sarapan sama ke apa, tapi mungkin Allah tu kata bagi dia masa dengan mak dia.

"Dalam pukul 2 petang dia beritahu macam ni je... abang, mak dah tak ada.

"Aku macam terkedu sekejap. Kalau aku tak bagi dia pinjam duit semalam, tak tahulah apa jadi dekat dia andai tak sempat jumpa mak dia tu," tulisnya lagi.

Kau bukan je bagi pinjam duit tapi kau turut bagi dia peluang yang tak semua orang dapat... hari-hari akhir dengan ibu bapa.

NETIZEN

Perkongsian pelayar berkenaan mengenai kisah rakannya membuatkan warga maya turut berasa sebak.

Dalam masa yang sama, mereka memuji sikap baik hati pelayar berkenaan yang menghulurkan bantuan tanpa buruk sangka.

komen ibu

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Kadang orang yang jarang meminta-minta inilah yang paling memerlukan. Besar kebaikan kau, bro. Kau bukan je bagi pinjam duit tapi kau turut bagi dia peluang yang tak semua orang dapat... hari-hari akhir dengan ibu bapa.

"Semoga Allah membalas budi baik anda menolong kawan tu dapat jumpa ibunya buat kali terakhir.

"Mulia hati kau. Aku kalau bagi orang pinjam duit aku cakap dalam hati... kalau dia tak bayar sebab betul-betul susah dan tak mampu bayar, aku halalkan.

"Tapi kalau dia pinjam lepas tu saja tak nak bayar, aku tak nak bagi pinjam lagi," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain