KEPERCAYAAN yang diberikan oleh pasangan tidak wajar dikhianati. Kerana sekali kepercayaan itu 'diragut', ia tidak akan mampu lagi untuk diganti dan dinamik hubungan pastinya berubah. Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang lelaki berada dalam dilema susulan isterinya membuat pengakuan yang cukup mengejutkan sehingga dikatakan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang suami. Manusia tidak dapat lari daripada ujian yang hadir dalam pelbagai bentuk. -Gambar hiasan Menurut lelaki itu, isterinya mempelawa masuk rakan lelaki ke dalam kediaman mereka secara senyap-senyap ketika ketiadaannya di rumah. "Malam tadi isteri berterus terang dengan aku, dia beritahu yang dia pernah bawa balik 'jantan' ke rumah kami. Dia buat pengakuan tu sambil menangis-nangis depan aku, dia merayu untuk dimaafkan. "Katanya dia betul nak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Sudah lama sebenarnya isteri sembunyikan perkara ni daripada aku, akhirnya Tuhan nak tunjuk juga," kata lelaki itu, terkilan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak tinggal solat, pandai jaga nafkah batin akhirnya kantoi curang! Isteri cekal hati, rela tolong meminang asalkan jujur ARTIKEL BERKAITAN: Lupa ‘log out’ WhatsApp web, isteri baca mesej curang suami! Menggeletar diserang anxiety tengok ungkapan rindu Dihimpit perasaan sayang dan amarah, lelaki itu kini berbelah bahagi sama ada mahu cuba bertahan atau meneruskan hidup baharu dengan haluan berbeza. "Tolong bantu aku untuk buat keputusan, maafkan atau lepaskan isteri. Aku sesungguhnya masih sayang dia tapi hati ini sudah kecewa," ujarnya meminta pendapat. Setiap kali kau 'bersama' dengan isteri, kau akan terlintas dalam fikiran yang kau sedang bersetubuh dengan 'bekas' orang. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat pasangan yang berlaku curang tidak berhak diberikan peluang kedua. "Jangan pendam perasaan tu, benda ni akan mengganggu jiwa kau sampai ke tua. Biarkan dia nak bertaubat, tapi bukan tanggungjawab kau untuk membimbing. Ini satu-satunya perkara yang tak patut dimaafkan dalam perkahwinan. Pelayar bertukar pandangan. "Kalau kau belum ada anak, aku nasihatkan kau tinggalkan je isteri tu, tiada apa yang berharga lagi dengan dia. Kesihatan mental kau kena jaga, hati ni pasti sakit sampai bila-bila, kau tak akan pernah lupa perbuatan terkutuk isteri tu. "Setiap kali kau 'bersama' dengan isteri, kau akan terlintas dalam fikiran yang kau sedang bersetubuh dengan 'bekas' orang. Kau tu ada martabat, jangan jadi naif, pelihara nilai diri kau," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube