DALAM mendidik anak, setiap ibu bapa pasti menerapkan ketegasan bagi memastikan mereka membesar menjadi seorang yang berdisiplin dan dapat membezakan antara perkara baik serta buruk. Namun perkongsian seorang ibu mengenai anak lelakinya yang berusia 12 tahun pulang dari sekolah membawa bersama sepasang kasuh baharu ternyata mencuit hati. Menurut wanita itu, kotak kasut berisi kasut sekolah berwarna hitam baharu itu adalah pemberian seorang guru kerana tapak kasut dipakai anaknya telah hancur. “Tadi anak bujang aku berumur 12 tahun balik dari sekolah. Lepas tu dia tunjuk kotak kasut diberi cikgunya. Seorang anak sanggup pakai kasut koyak kerana tak mahu menyusahkan ibu. -Gambar hiasan “Aku tengok dalam tu ada sepasang kasut sekolah hitam baharu. Aku pelik la, dah kenapa cikgu bagi kasut tu. “Rupanya, tapak kasut sekolah anak aku dah hancur dan dia tak beritahu aku. Dia selamba pakai ke sekolah,” tulisnya di media sosial. Seorang guru di sekolah anaknya prihatin terhadap kebajikan murid dan terus bertanyakan tentang kasut yang sedang dipakainya. “Apabila ditanya oleh cikgu kenapa tak minta ibu beli kasut baharu, dia (anak) jawab ibu saya tengah kumpul duit beli mesin basuh. Saya tak nak susahkan ibu saya. ARTIKEL BERKAITAN: Murid pakai kasut terkopak ceria ditegur guru! Jujur beritahu kena gam dulu sementara tunggu ayah gaji ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai hati tengok kawan pakai kasut lusuh, satu kelas kumpul derma kilat... Momen pelajar lelaki dapat hadiah buat ramai terharu “Ya Allah, aku rasa nak menangis, nak gelak pun ada,” katanya. Bercerita lebih lanjut, wanita itu mengakui anaknya ada meminta dibelikan sebuah basikal sebelum ini untuk pergi memancing Namun, si ibu memberitahu anaknya agar bersabar dan memberi sedikit masa kerana dia sedang mengumpul wang untuk membeli mesin basuh terlebih dahulu. "Lepas tu aku cakap la 'abang sabar dulu ye, bulan ni ibu nak beli mesin basuh' dan ada la benda lain nak kena dahulukan. “Lagipun aku tak suka ajar anak aku, asal minta je dapat. Aku mesti nak something in return. Contoh time dia minta aku beli set memancing, dia perlu dapat nombor satu dalam kelas. Rupanya, tapak kasut sekolah anak aku dah hancur dan dia tak beritahu IBU “Bukan tak ada duit untuk beli kasut sekolah baharu, setiap bulan ada bajet untuk kelengkapan sekolah kerana tahu mereka lasak...tetapi lebih kepada ingin mendidik anak-anak untuk berusaha,” katanya. Kemudian, wanita ini terus menghubungi guru anaknya menerusi WhatsApp untuk menjelaskan situasi sebenar. Bgaaimanapun, guru tersebut meminta agar muridnya itu terus memakai kasut tersebut atas alasan ia sebenarnya milik anaknya. “Aku WhatsApp cikgu nak pulangkan balik kasut tu, segan la aku. Bukan aku tak mampu dan aku tahu ada orang lain yang lagi memerlukan. “Cikgu cakap tak payah pulangkan, kasut tu dia belikan untuk anaknya tetapi saiz salah, jadi dia (cikgu) beri pada anak aku memandangkan dia muat. "Aku tak tahu la betul atau cikgu sekadar menyedapkan hati aku je,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube