MEMBELI telefon pintar secara ansuran (installment) merupakan pilihan yang popular dalam kalangan pengguna ketika ini. Dengan pelan ansuran yang ditawarkan syarikat telekomunikasi, penyedia perkhidmatan pinjaman sehinggalah kedai peralatan elektrik, secara tidak langsung impian seseorang untuk memiliki telefon idaman dapat direalisasikan tanpa beban kewangan yang berat. Namun begitu, ada pula individu yang memandang rendah terhadap mereka yang membeli telefon pintar menggunakan pakej ansuran. Terpanggil untuk membuat teguran, seorang pelayar melontarkan pandangannya berhubung perkara tersebut di media sosial. Boleh dikatakan setiap individu memiliki telefon pintar ketika ini. -Gambar hiasan "Saya okay je beli phone installment. Phone dapat, susu anak settle bulan-bulan, lampin pakai buang anak settle bulan-bulan, barang dekat peti ais insya-Allah bulan-bulan penuh, keperluan bulanan on point. "Tup-tup, eh dah habis bayar phone ni pun. Tak habis-habis nak flex beli iPhone cash eh sis," tulisnya dalam hantaran berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Kemaruk guna iPhone, sanggup buat pinjaman lebih RM4,000... Akhirnya merungut sengsara bayar hutang ARTIKEL BERKAITAN: Guna iPhone tak semestinya cerdik! Beli bayar ansuran, jual kepada owner baharu kena tipu pula sebab tak faham konsep ‘sambung bayar’ Teguran pelayar tersebut dipercayai ditujukan kepada individu yang menunjuk-nunjuk kemampuan dirinya membeli telefon pintar keluaran Apple Inc berharga sekitar RM5,000 hingga RM6,000 itu secara tunai. Menurut pelayar tersebut lagi, perkara seperti ini tidak wajar dijadikan isu untuk dibuat perbandingan memandangkan situasi kewangan setiap individu berbeza-beza. Gaji cukup, belanja cukup, bayar phone cukup, bagi mak ayah pun cukup, bayar kereta pun cukup. Orang nak kata apa biarkan. NETIZEN "Setuju je mana-mana option. Cuma tak setuju tu apabila kita tak meraikan pilihan orang dan terus kata itu yang terbaik. Sedangkan dua-dua pilihan tu memerlukan pengorbanan," tulisnya lagi. Menjengah ruangan komen, warga maya memberikan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya bersetuju dengan pandangan serta teguran pelayar berkenaan. Sebahagian komen netizen terhadap pandangan individu berkenaan. "Untuk yang mampu tak ada problem pun. Saya sokong. Gaji cukup, belanja cukup, bayar phone cukup, bagi mak ayah pun cukup, bayar kereta pun cukup. Orang nak kata apa biarkan. "Okay je mana-mana pun, tak ada salahnya. Duit kita suka hati kitalah kan. Saya dulu beli handphone Samsung Note guna installment, habis je bayar. Baru-baru ni ada rezeki lebih, saya beli iPhone 15 Pro Max tunai. "Yang beli cash nak beritahu seluruh alam yang bahawasanya tindakan dia betul dan paling bagus berbanding yang beli installment. Dia macam nak letakkan dia dalam kasta tertinggi di antara pemilik iPhone," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube