VIDEO memaparkan seorang murid lelaki menyeret kasutnya ketika sedang berjalan di sekolah meraih perhatian netizen. Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Cikgu Farrah, murid itu terpaksa meletakkan gumpalan kertas kerana saiz kasut yang dipakainya terlalu besar. Selepas dimaklumkan tentang masalah tersebut, Cikgu Farrah berkata dia terus mengukur kaki murid itu sebelum membelikan kasut baharu buatnya. Kasut murid berkenaan kelihatan sudah lusuh. "Minggu lepas ada kawan beritahu, suruh tengok kasut murid ni sebab dia jalan seret-seret kasut dan aku pun memang tak cakap banyak, terus ukur kaki dia dan pergi beli kasut baharu untuk dia. "Sedihnya bila masa nak ukur saiz kaki, nampak kertas dalam kasut. Dia sumbat kertas-kertas sebab kasut tu besar," tulis Cikgu Farrah. Video di aplikasi TikTok itu meraih lebih setengah juta tontonan dalam tempoh 14 jam selepas ia dimuat naik. Cikgu, janganlah buat saya menangis pagi-pagi ni. NETIZEN Dalam video itu, kasut berwarna hitam yang dipakai murid berkenaan juga kelihatan sudah lusuh dan buruk, Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sayu melihat kedaifan yang terpaksa dilalui murid berkenaan. Malah, ada dalam kalangan netizen yang mengakui tumpah air mata kerana tersentuh mengenangkan nasib malang kanak-kanak itu. ARTIKEL BERKAITAN: Kakak merajuk, kecewa ibu tiada duit beli baju sukan RM25... Malu kawan-kawan bayar dulu - “Mama cakap pun tak jawab” ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar miskin bawa guni daftar masuk universiti dapat perhatian menteri, tak perlu risau apa-apa sampai habis pengajian "Allahuakhbar. Auto jatuh air mata aku pagi ni. Terima kasih cikgu. "Cikgu, janganlah buat saya menangis pagi-pagi ni," tulis netizen. Selain mengucapkan terima kasih kepada guru itu, netizen turut berkongsi kisah mereka yang melalui pengalaman sama ketika zaman kanak-kanak mereka. Kisah murid itu meruntun hati netizen di aplikasi TikTok. "Dulu pernah kasut berlubang, tak ada tapak. Lama juga. Satu hari cikgu panggil, tiba-tiba ada hamba Allah bagi duit suruh beli kasut baru. "Pernah alami dulu. Ayah beli kasut bundle warna putih, ada warna kuning-kuning. Semua kawan tanya. Sedihnya waktu tu, tapi saya bersyukur ada kasut untuk dipakai. "Aku tak boleh tengok video macam ni. Sebab aku pernah lalui semua tu. Bila ingat balik, sedih. "Anak orang susah, demi ilmu sanggup pergi sekolah dalam serba kekurangan. Saya pun pernah rasa dulu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube