KOMPONEN yang kompleks di dalam sesebuah kenderaan seperti kereta menyebabkan orang awam tanpa latar belakang automotif sukar melakukan penyelenggaraan sendiri di rumah. Demikian itu, kebiasaanya kenderaan akan dibawa ke bengkel untuk diselenggara secara berkala oleh mekanik bertauliah. Namun tak kurang juga ada segelintir pelanggan yang gemar membeli sendiri alat ganti secara dalam talian dan kemudian bawa ke bengkel untuk mendapatkan khidmat mekanik bagi tujuan pemasangan. Bagaimanapun, melalui satu hantaran tular di laman Facebook, seorang individu menzahirkan rasa janggal apabila mendapat tahu polisi khas yang ditetapkan pemilik sebuah bengkel terhadap pelanggannya. Pengetahuan cetek dalam bidang automotif menyebabkan seseorang itu senang ditipu. -Gambar hiasan Dikepilkan bersama hantaran itu adalah sekeping foto mendedahkan notis dengan mesej khusus ditampal pada dinding premis bengkel berkenaan. "Kepada pelanggan yang bawa alat ganti (spare part) sendiri, upah pemasangan akan dikenakan dua kali ganda daripada upah biasa," demikian tertera pada notis tersebut. Individu itu kemudiannya memberikan pandangan mengenai ketetapan terbabit. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga nasi campur akur semak semula harga cekik darah! Sebelum ini pelanggan merungut disuruhnya beli barang, masak sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Serik berniaga di tapak karnival... Sewa cekik darah, pengunjung ‘sendu’ - “Sales teruk, penganjur gembira kita yang sakit” "Macam nak minta melingkup (bankrap) je bengkel ni," ujarnya. Dalam pada itu, melewati ke ruangan komen, beberapa pelayar tampil menjelaskan situasi yang berkemungkinan memaksa pemilik bengkel untuk mengambil pendekatan sebegitu. "Aku setuju juga dengan nota tu, ada kalanya pelanggan datang bawa spare part ke bengkel, lepas tu dengan yakinnya cakap itu barang original. Kemudian minta pomen pasangkan. Kira baik la bengkel ni beritahu awal-awal dia nak cekik darah, kalau tempat lain biasanya mereka ni buat senyap je. WARGA MAYA "Beberapa minggu kemudian apabila barang tiruan tu rosak, dia (pelanggan) akan datang ke bengkel minta bayaran ganti rugi, kononnya mekanik tak pandai pasang. "Satu hal kami pula yang kena bertanggungjawab, padahal salah pelanggan sebab pilih guna barang ciplak. Jadi polisi yang macam dalam posting tu boleh membantu untuk menyelamatkan kami daripada terus dipijak," terang netizen. Walaupun begitu, tidak kurang juga warga maya yang bertindak mengecam pemilik bengkel tersebut kerana berpendapat dia sengaja mengambil kesempatan. Pelayar bertukar pandangan. "Untung besar kalau macam ni, apa dia ingat semudah itu nak peras duit pelanggan. Dasar kaki kikis. "Tapi kira baik la juga bengkel ni beritahu awal-awal dia nak cekik darah, kalau tempat lain biasanya mereka ni buat senyap je. "Tahu-tahu bil sampai harga dah melambung kita kena bayar," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube