HUBUNGAN yang jujur dan saling menghormati antara satu sama lain merupakan kunci keharmonian setiap pasangan. Namun menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang wanita dibelenggu rasa bingung tatkala mengetahui sikap si suami ketika dibelakangnya. Menurut pengadu yang baru sahaja melayari bahtera perkahwinan, dia buntu sama perasaan cemburu yang semakin menebal dalam diri tatkala mengetahui suaminya melayan wanita lain di pejabat adalah wajar atau tidak. "Nak minta pendapat memandangkan saya baru sahaja berkahwin. Salah faham antara pasangan boleh menjadi punca pergaduhan. -Gambar hiasan "Saya dapat tahu yang suami belikan sarapan dekat rakan sepejabat (perempuan) sebelum pergi kerja. "Adakah boleh kalau saya rasa cemburu dengan apa yang berlaku?," katanya bingung. Tambah wanita itu, dia berasa kecewa apabila membaca sendiri perbualan antara suaminya dengan rakan sepejabat itu menerusi aplikasi WhatsApp. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda parah ditetak akibat cemburu... Isteri suspek lapor polis, dedah motif kejadian ARTIKEL BERKAITAN: Suami baru naik gaji tapi utamakan ibu! Isteri cemburu, rasa pengorbanan tak dihargai... Dedah mak mentua masih kerja, gaji 10K Tindakan suaminya itu dianggap sebagai sesuatu yang tidak patut, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan individu lain terutama perempuan. "Dia memang betul-betul mesej perempuan tu... dia tanya nak nasi tak? "Kalau awak bujang saya tak kisah. Ni awak sudah berumah tangga. Kalau dia memang tukang ambil tempahan untuk semua pekerja lain rasanya tak ada masalah pun. NETIZEN "Pada pendapat saya itu bukan satu keperluan untuk awak lakukan macam tu. Patut ke saya marah?" ajunya penuh kebuntuan. Pelbagai reaksi netizen dapat kita lihat di ruangan komen selepas luahan tersebut dikongsikan. "Kalau dia beli untuk perempuan dan lelaki yang kira macam circle (kumpulan kawan) dia, tak cemburu. Kalau perempuan tu seorang je, ya. Komen netizen di TikTok. "Kalau dia memang tukang ambil tempahan untuk semua pekerja lain rasanya tak ada masalah pun. Tapi kalau seorang tu je dia tanya... ya benda tu salah dan tak patut. "Kalau sebelum dia kenal dan kahwin dengan awak, itu rutin mereka sebagai rakan sekerja macam mana? Saya selalu belikan untuk kawan perempuan saya dan dia selalu belikan untuk saya. "Tapi hanya sebagai kawan, tak lebih daripada itu. Kedua-dua kami tak ada perasaan," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube