suria

3 kali ditolak bekerja sebab status muflis, individu rasa diri lebih hina daripada warga asing! Dah insaf tapi sukar mula hidup baharu

Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan ketika ini apabila ada segelintir majikan yang memilih kriteria tertentu. -Gambar hiasan

BUKAN mudah untuk seseorang bangkit selepas mengalami fasa kejatuhan gara-gara diisytiharkan muflis.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, seorang pelayar berkongsi pengalaman pahitnya berdepan kesukaran untuk mencari pekerjaan kerana memegang status muflis.

"Pergi interview, Alhamdulillah terpilih untuk jawatan tersebut. Tapi bila tahu status diri ini muflis, terus dibuang kerja.

"Bukan sekali, dah tiga kali dah. Mencuba dan tak putus asa. Tapi bila minta nombor akaun bank, dah tak boleh sembunyikan status muflis lagi.

"Ya la, nak buka akaun bank bukan semudah orang lain. Muflis semua melalui insolvensi. Akhirnya terpaksa undur diri atau dibuang kerja.

"Tak dinafikan ada salah penghutang tu sendiri sehingga diisytiharkan bankrap. Tapi bila diri dah insaf nak mulakan hidup baharu, rasa macam terhina sangat. Sebab tu ada orang yang sampai sanggup bunuh diri," luahnya.

muflis 1

Kegagalan mengurus kewangan boleh menyebabkan seseorang diisytiharkan muflis. -Gambar hiasan

Menurut individu berkenaan, dia sedar dalam situasi dirinya ketika ini, memilih pekerjaan bukanlah satu tindakan yang wajar.

Bagaimanapun menurutnya, dia enggan berputus asa untuk terus mencuba mencari pekerjaan berdasarkan pengalaman dan kelayakannya kerana mahu masa depannya terjamin.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 tahun bankrap ‘hasil’ jadi penjamin adik beradik! Bapa kini bebas, berpeluang buat umrah... Peminjam gagal bayar loan 500K

ARTIKEL BERKAITAN: Adik bakal muflis gara-gara tak bayar hutang, mak ayah paksa anak sulung hulur 110K! Tak peduli walau kena ‘korek’ ASB, KWSP

"Memang senang orang cakap. Kerja jangan memilih. Boleh buat Grab dan sebagainya tapi kita juga nak fikirkan masa depan.

"Bila kerja ada majikan ni, bulanan dah tentu ada gaji. Potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh digunakan masa hari tua. Ada insurans dari company.

"Tak ada ke satu akta yang menghentikan polisi syarikat-syarikat ni daripada membuang staf yang muflis?

"Jadi muflis di negara sendiri rasa lebih melarat daripada warga asing pula. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua supaya terlepas daripada status muflis ni," luahnya lagi.

Bertabah bro, cari jalan dan berniaga sendiri juga yang mudah.

NETIZEN

Luahan individu berkenaan mengundang simpati warga maya yang seakan-akan dapat menyelami kesulitan yang dihadapinya.

Menerusi ruangan komen, ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing di samping menitipkan kata semangat buat individu berkenaan.

komen muflis

Sebahagian daripada komen netizen.

"Sabar, jangan mengeluh. Try niaga kecil-kecilan. Insya-Allah ada jalan dan rezekinya.

"Bertabah bro, cari jalan dan berniaga sendiri juga yang mudah.

"Ambil kemahiran, buat bisnes kecil-kecil dulu, pakai akaun pasangan untuk transaksi. Nanti pergi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) minta bayar sikit-sikit dekat bank," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain