RASA cemburu pasti timbul sekiranya mengetahui orang yang disayangi sepenuh hati menjalinkan hubungan akrab dengan individu berlainan jantina. Pada minggu lalu gempar di media sosial apabila seorang wanita melakukan eksperimen sosial ke atas individu dipercayai teman lelakinya bertujuan menguji tahap kesetiaan. Menerusi video pendek yang tular itu, diperhatikan wanita tersebut memeriksa telefon pintar milik teman lelakinya untuk melihat senarai pengikut (following) di laman Instagram. Menjadi kerisauan sekiranya pasangan bermain kayu tiga di belakang. -Gambar hiasan Ternyata lelaki terbabit 'ditangkap' mengikuti beberapa akaun Instagram wanita yang tidak dikenali. Sebagai langkah menyelamatkan diri, lelaki itu berkata dia hanya mengikuti mereka atas dasar ingin tahu dan tidak menyimpan sebarang perasaan. Perkara tersebut mengundang kecaman hebat warga maya yang menyelar lelaki itu kerana tidak pandai menjaga hati pasangannya. Dalam pada itu, seorang lelaki tampil menceritakan dia turut mempunyai kecenderungan yang serupa pada suatu masa dahulu, namun ia berjaya diubah selepas ditemukan dengan sang isteri. ARTIKEL BERKAITAN: Suara suami terketar-ketar terjah bini dekat pondok polis, dakwa curang dengan anggota penguat kuasa ARTIKEL BERKAITAN: Lepas kantoi keluar dengan anggota penguat kuasa, isteri tampil tuduh suami curang dulu... Dalam proses tuntut fasakh Melalui perkongsian di laman X, lelaki itu berpandangan pasangan sehidup semati adalah solusi yang diperlukan bagi memulihkan perwatakan sedemikian. "Sejujurnya aku dulu pun macam ni, aku suka follow perempuan di media sosial yang aku rasa lawa. Bukanlah aku pandang mereka daripada sudut syahwat, tapi aku lihat mereka menawan, itu sebabnya aku follow. "Tapi sejak berkahwin, aku macam dah tak kisah tentang orang lain. Aku hanya tertarik dengan isteri aku, dia sahaja sudah cukup untuk memenuhi segenap aspek. Setiap waktu aku suka berdamping dengan dia. Saya mula musykil kalau perempuan yang dia follow tu semua sejenis pakai baju tak cukup kain. WARGA MAYA "Setiap benda aku suka bercerita dengan dia. Aku harap kalian dipertemukan juga dengan apa yang aku miliki ini," ujarnya memberikan harapan. Menjengah ke ruangan komen, warga maya berpendapat ia merupakan satu nikmat yang tidak ternilai untuk memiliki pasangan menyayangi diri dengan seikhlas hati. "Saya pun rasa suami saya sudah lebih daripada memadai, sehinggakan orang lain tidak lagi relevan di mata saya. Mereka yang sibuk follow akaun perempuan ni biasanya ada sesuatu yang mereka tak dapat daripada pasangan. Pelayar bertukar pandangan. "Jadi mereka cari karakter tu dekat orang lain, demikianlah sikap insan yang tak pernah bersyukur. Hidup mereka sentiasa mencari dan terus mencari, tak akan pernah mampu dipuaskan. "Macam saya sendiri, saya tak ada masalah kalau pasangan follow kenalan perempuan dia, tapi saya mula musykil kalau perempuan yang dia follow tu semua sejenis pakai baju tak cukup kain. "Nampak sangat nak menjamu mata dan memuaskan nafsu," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube