suria

“Ibarat kerja ‘part-time’, tak perlu layan selalu” - Wanita pakai susuk ‘penyondol’ buka rahsia, puas hati jadi kegilaan suami orang!

Wanita yang mengamalkan ilmu hitam seharusnya dihindari. -Gambar hiasan

UMUM mengetahui pemakaian susuk adalah haram bagi umat Islam dan akan membawa mudarat kepada mereka yang mengenakannya.

Tujuan susuk ini adalah untuk memperdaya orang yang menjadi sasaran supaya tertarik dengan wajah berseri-seri si pemakai, sekali gus menundukkan mangsa bagi menuruti setiap permintaan.

Melalui satu perkongsian di Instagram, seorang wanita menceritakan pengalaman ngerinya mengenali rakan yang dikatakan mengamalkan ilmu hitam.

Dorongan nafsu menjadi sebab untuk seseorang itu memakai susuk. -Gambar hiasan

Menurut wanita berkenaan, tidak dinafikan rakannya itu memiliki wajah yang jelita, tetapi ia seolah-olah mempunyai aura berbeza sekiranya diamati daripada mata lelaki.

"Apabila lelaki di luar sana pandang wajah kawan saya ni, mereka terbeliak mata seolah-olah melihat kecantikan seorang ratu, sampai macam tu sekali. Itu yang menyebabkan saya menjadi sangsi.

"Asal terserempak dengan lelaki je, mereka pandang kawan saya ni seperti tak pernah jumpa perempuan seumur hidup. Jadi saya pun cuba la tanya kawan saya tu, apa rahsia penjagaan wajah dia? Mungkin la ada pakai mekap istimewa ke.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lumpuh, mengejutkan buat x-ray nampak susuk di 4 bahagian badan! Tapi doktor puji anak pesakit

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pangkat makcik-makcik ‘confess’ dengan doktor gigi, jujur beritahu pakai susuk di rahang! - “Tapi saya tengok dia biasa je”

"Tak sangka kawan saya tu beritahu yang dia ada pakai sesuatu dekat wajahnya, lebih kurang macam susuk. Tapi sedikit unik apabila susuk yang dia pakai tu khusus untuk menarik suami orang.

"Terkejut saya dengar pengakuan dia. Saya pun tanya kenapa berminat dengan suami orang, apa yang bagus sangat mereka tu?," soal wanita tersebut ingin tahu.

Rakan kepada wanita berkenaan menjelaskan beberapa faktor yang menyebabkan dia tertarik dengan lelaki sudah berkahwin atau kini lebih dikenali dengan istilah 'penyondol'.

Asal terserempak dengan lelaki je, mereka pandang kawan saya ni seperti tak pernah jumpa perempuan seumur hidup.

WARGA MAYA

"Dia cakap suami orang ni senang nak jaga, tak perlu berikan perhatian sepanjang waktu. Kalau misalnya dengan orang single, setiap masa mereka nak berkepit. Manakala suami orang ni kalau kita jalin hubungan... ia ibarat kerja part-time.

"Hanya waktu tertentu je kita perlu layan. Lagi satu suami orang ni kebiasaannya rupa elok dan kacak kerana sudah dijaga baik oleh isterinya.

"Takut betul dengar luahan kawan saya tu. Bermula daripada hari tu saya cuba jauhkan diri daripada kawan saya tu sebab rasa seram kalau duduk dekat dengan dia," ujarnya.

Pelayar bertukar pandangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut menzahirkan rasa jijik dengan perwatakan wanita murahan sedemikian.

"Sundal betul perangai perempuan macam ni, dia teringin merasa kasih sayang lelaki tapi tak mahu mengadakan hubungan yang halal. Semoga dia segera bertaubat dan ditunjukkan ke jalan yang benar.

"Saya pernah borak dengan pelajar praktikal ni, dia cakap nanti masuk kerja rancangan dia cuma nak menyundal cari lelaki je. Kemudian terus kahwin dan berhenti kerja. dia mahu hidupnya ditanggung sepenuhnya," kata warga maya.

Sebagai peringatan, susuk adalah haram dipakai bagi orang Islam kerana ia adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan.

Amalan-amalan seperti saka, susuk dan sihir adalah termasuk di dalam dosa besar yang boleh membawa kepada syirik iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain