suria

Kerja baharu tak kena dengan jiwa, wanita nak serah notis berhenti 24 jam... Tunggu dapat gaji sebulan terus nak WhatsApp HR

Setiap pekerja perlu mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan segelintir individu khususnya golongan muda cenderung 'melompat kerja' biarpun hanya berkhidmat untuk tempoh yang singkat di sesebuah syarikat.

Pelbagai faktor yang mendorong mereka suka berpindah-pindah tempat kerja, antaranya ingin mencari peningkatan kerjaya, kenaikan gaji, dibuli dan sebagainya.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar berkongsi hasratnya untuk berhenti kerja dan mencari rezeki di tempat baharu atas alasan pekerjaannya tidak sesuai dengan kehendaknya.

"Dua minggu kerja, saya rasa macam nak resign. Tak kena dengan jiwa saya. Boleh tak saya cukupkan sebulan, dapat gaji.

"Kemudian WhatsApp HR (sumber manusia) beritahu yang saya nak resign 24 jam sebab dapat kerja baru. Boleh tak macam tu?" tulisnya pada hantaran berkenaan.

Menurut pelayar berkenaan, dia enggan terus bertahan di tempat kerjanya kerana tidak mahu situasi tersebut mempengaruhi kesihatan mentalnya.

KERJA 1

Persekitaran memainkan peranan yang penting terhadap prestasi kerja seseorang. -Gambar hiasan

Malah dia juga sedar tentang risiko kemungkinan susah mencari kerja baharu memandangkan dia kini sudah berusia 30 tahun, namun dia memilih untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

"Saya pun pernah kena layoff. Sakit ya. Saya merasa enam bulan mencari kerja, hampir give up. Tapi kalau rasa kerja tu tak happy, rasa murung, rasa lesu je, buat apa nk stay kan?

"Sekarang saya mencari kerja dan ada yang dalam proses untuk temuduga. Tak apa, saya percaya pada rezeki Allah.

"Even kerja pun, laki (suami) yang tolong bayarkan (keperluan). Saya kerja sebab tolong husband, incase ada yang tak cukup boleh top-up," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun kerja gaji tak naik-naik, tiada OT! Kerani baru nampak redflag syarikat, tapi masih teragak-agak nak ‘cabut’

ARTIKEL BERKAITAN: Dua rakan pemalas, kaki ponteng... Wanita malu warga asing lebih hargai kerja - “Mereka pelik sekejap ada, tak ada”

Perkongsian individu berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Ada di antaranya menasihatkan supaya pelayar berkenaan tidak terburu-buru membuat keputusan yang akhirnya hanya akan merugikan diri sendiri.

Menyusahkan orang. Pasal dia punya jiwa orang kena buat hiring lain.

NETIZEN

"Fikir betul-betul sis. Saya kena layoff dah dua bulan mencari kerja masih tak dapat walaupun experience lebih lima tahun. Masih tak laku. Rasa sengsaranya Allah je yang tahu.

"Seeloknya ikut tempoh notis yang dah dinyatakan dalam surat tawaran. Kita masuk cara baik, keluar pun cara baik juga walau tak tahan macam mana pun.

"Cari kerja dulu sebelum berhenti. Umur macam kita ni, peluang untuk diambil bekerja tu makin tipis dibandingkan dengan budak-budak yang lebih muda," demikian antara komen netizen.

Namun ada juga yang mengecam pelayar berkenaan kerana menyifatkan tindakannya hanya menyusahkan majikan.

KOMEN KERJA

Sebahagian daripada komen netizen.

"Aku nak sangatlah ada satu vendor dalam Malaysia ni wujudkan sistem semak maklumat pekerja sebelum hire. Terutamanya yang suka lompat macam ni. Dua minggu tak kena dengan jiwa?

"Menyusahkan orang. Pasal dia punya jiwa orang kena buat hiring lain.

"Tolong bertindak seperti orang dewasa. Janganlah berhenti 24 jam dan susahkan orang lain. Baca kontrak dan ikut tempoh notis. Ia demi kebaikan awak dan majikan," demikian komen netizen lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain