SEMAKIN banyak hantaran tentang kes curang antara pasangan suami isteri dikongsikan media sosial. Kisah kecurangan pasangan kini didedahkan tanpa segan silu, barangkali tidak dapat menahan emosi apabila mendapat tahu diri menjadi mangsa selingkuh. Dalam membina keharmonian rumah tangga, masing-masing perlu tahu peranan dan tanggungjawab seterusnya bertolak ansur antara satu sama lain. Menerusi satu perkongsian di laman Threads, seorang wanita menceritakan tentang suaminya yang kantoi curang ketika dia hamil anak sulung yang mana ketika itu usia kandungan lima bulan. Hati siapa yang tak remuk jika mendapat tahu diri diduakan pasangan. Gambar hiasan Memulakan cerita, dia berkata mereka berkahwin pada Jun 2023 dan suami mula curang bermula Ogos 2023 iaitu dua bulan selepas mereka bernikah dengan berbalas mesej dengan wanita lain. “Sebenarnya, saya hidu sesuatu tidak kena dengan suami sejak beberapa bulan. Perubahan dari segi layanan. Dia jarang minta bersama. Saya check telefon dia tapi tak jumpa (bukti). Sampailah satu malam tu Allah nak tunjuk. “Masa saya check dekat Telegram tu la semua terjawab. Saya scroll mesej diaorang dari awal (23 Ogos hingga 11 November 2023) yang mana tarikh tu saya dapat tahu dan trauma sampai hari ni,” kongsi wanita itu. Bagaimanapun, wanita itu berkata dia tidak mahu mendedahkan kandungan mesej antara suaminya dengan skandal yang disimpan dalam Archive aplikasi Telegram. ARTIKEL BERKAITAN: Lupa ‘log out’ WhatsApp web, isteri baca mesej curang suami! Menggeletar diserang anxiety tengok ungkapan rindu ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi senyuman, isteri berubah 360 darjah! Tawar hati dapat tahu suami berzina - “Bercakap dengan saya pun dah tak nak” “Apa isi kandungan chat diaorang saya tak nak 'spill' tapi Nauzubillah saya shaking kerana melampau. Saya terus kejut suami malam tu juga dan dia terkejut, menangis melutut minta maaf pada saya. “Saya hamil lima bulan ketika tu. Saya dah tak fikir apa fasal kandungan tapi saya meronta sebab tak sangka, cerita yang saya dengar dari perkahwinan orang lain berlaku pada saya juga. Saya rasa jijik sangat,” kongsinya. Dia kemudian masuk ke dalam tandas untuk merakam perbualan-perbualan dari telefon suami sekiranya perlukan bukti. Wanita itu berkata dia mendapat kekuatan daripada bayi di dalam perut untuk bertindak sedemikian. “Pada masa sama esoknya saya ada janji temu scan baby. Sumpah luluh hati dan saya terus minta untuk dilepaskan. Apa isi kandungan chat diaorang saya tak nak 'spill' tapi Nauzubillah saya shaking kerana 'melampau'. ISTERI “Jadi, malam tu kami tidur berasingan seperti diminta oleh saya (jangan ikut tingkah laku ini). Sekadar saya tidur atas katil dan dia di bawah. Saya tak boleh tengok suami, saya sangat kecewa. “Saya baru kahwin dengan dia sekitar Jun 2023, dan saya tengok chat dengan skandal tu dari Ogos 2023, dua bulan je dia ikhlas dengan saya? Saya rasa teruk. Saya tak tahu,” katanya. Jelas wanita itu, dia tidak pasti sama ada dirinya bernasib malang atau sebaliknya, tetapi apa yang pasti pada keesokan harinya ada perkara tidak menarik ketika scan bayi dibuat. Kalau diikutkan hatinya yang hancur luluh, dia tidak mahu pergi ke hospital tetapi disebabkan sudah membuat tempahan slot dan telah membuat separuh pembayaran, dia gagahi juga. Nikmat berkasih sayang hilang sekelip mata apabila dicurangi. Gambar hiasan “Keputusan scan baby Alhamdulillah semua okay. Perkembangan okay, gender jelas, tiada yang luar biasa. Tapi doktor syak macam nampak fibroid dalam rahim dengan saiz lebih kurang 2cm. “Lepas apa jadi malam tu, saya tidak lagi bimbang fasal diri. Apa nak jadi, jadilah. Asalkan bayi sihat. Rasa macam tak sabar nak bersalin, nak pergi jauh. Jadi lepas dapat berita tu saya tak rasa apa. Tapi suami rasa teruk (katanya)," cerita wanita itu lagi. Disebabkan saiz fibroid agak besar dan doktor bimbang mungkin berbahaya untuk kandungan, wanita itu perlu membuat pemeriksaan setiap dua minggu di hospital. Dalam masa sama, perasaan terhadap suami disifatkan sebagai 'kosong', malah dia sudah hilang rasa hormat dan tidak menaruh sebarang harapan. “Sebelum tu, saya tak ada alahan langsung dari awal kandungan sampai lima minggu. Tapi sejak kes tu, saya demam dan muntah setiap malam. “Apa yang paling sakit tau tak? Dia kata dia jadi macam tu (curang) sebab kesian kat saya tengah mengandung so dia macam tak nak saya yang tengah sarat ni kena layan nafsu dia. “Faham tak? Saya tak tahu cara untuk terangkan tapi awak faham keadaan orang hamil kan tapi alasan tu saya tak boleh terima,” katanya. Wanita itu mendakwa, skandal suaminya adalah wanita dari Sabah yang menghantar gambar lucah dan video dirinya, namun mereka berdua tidak pernah berjumpa. Perkongsian wanita itu mendapat perhatian dan ramai mendoakan terbaik untuk dirinya. Ada juga yang terbuka untuk mendengar luahannya secara peribadi. “Hi sis, saya baca semua Threada awak. Saya bukan kaunselor tapi dua tahun saya lalui pengalaman sama. Awak boleh hubungi saya. “Cerita kita sama, mahu kongsi? Kita ada kalau nak luah. “Saya dapat rasakan kesakitan awak. Kuatkan diri untuk awak dan anak,” demikian antara komen netizen.