suria

Naik e-hailing, bayar RM6 dah rasa hebat! Pemandu terkedu diugut penumpang B40 berlagak, simpati bertukar menyampah

Berdepan dengan ragam pelanggan merupakan antara cabaran pemandu e-hailing. -Gambar hiasan

NAMPAK kerja mudah, tapi sebenarnya bukan senang untuk menjadi pemandu e-hailing.

Mereka bukan sahaja terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas, malah diuji dengan pelbagai kerenah dan perangai penumpang setiap hari.

Seorang pemandu e-hailing melalui pengalaman yang tidak disangka-sangka ketika menjemput sebuah keluarga kecil yang ditimpa kesusahan pada suatu malam.

Tanpa mendedahkan lokasi kejadian dan destinasi yang dituju, pemuda berkenaan memaklumkan penumpang yang menempah khidmat e-hailing itu baru selesai membeli barang-barang dapur.

Pemandu e-hailing mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup. -Gambar hiasan

"Saya pick up suami isteri dengan anak kecil, yang bawa penuh dengan barang-barang dapur. Fi (tambang) murah je RM6 sebab dekat sangat.

"Saya pick up betul-betul sebelah kereta dia. Dia siap minta parking sebelah kereta dia nak pindahkan barang-barang yang dibeli," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kena offline sebab kau dik... jahanam” - Rezeki pemandu e-hailing tersekat, tempat duduk basah lencun lepas bawa budak sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ambil pelanggan sebab baju basah, sempat pula ‘sound’ tak fikir akibat... Pemandu e-hailing akur rating jatuh

Pemandu e-hailing itu berkata dia bersimpati dengan penumpang itu apabila dimaklumkan kereta mereka mengalami kerosakan secara tiba-tiba.

"Dia cakap kereta ada masalah, (enjin) tak boleh nak start. Esok baru nak hantar kereta ke bengkel untuk periksa.

"Bila dah drop off, abang tu cakap 'Barang saya ada lagi tak? Kalau ada, saya buat report, abang boleh kena banned terus tau!'," ujarnya mengimbas kembali perbualan tersebut.

Suami isteri membeli barang keperluan untuk keluarga. -Gambar hiasan

Pemandu itu berkata, dia terkilan dengan sikap penumpang tersebut yang tidak tahu menghargai servis yang diberikan, malah bertindak mengugutnya.

"Pemandu pula kena ingat dah habis ambil ke tidak barang-barang dia. Haih lepas tu cakap pasal kena banned.

Barang dia, dia pula tanya pemandu? Macam-macam hal.

WARGA MAYA

"Elok-elok nak ikhlas tolong orang susah, terus macam hmmm. Terngiang-ngiang di telinga sampai hari ni. Sedih dapat orang macam ni," katanya yang merujuk tindakan yang dikenakan pengendali servis e-hailing terhadap pemandu susulan aduan penumpang.

Menerusi ruangan komen, luahan pemuda itu mengejutkan warga maya yang menyifatkan penumpang berkenaan bukan sahaja tidak mengenang budi atas bantuan yang diberikan, malah memperlekehkan kerjaya pemandu e-hailing.

Pemandu e-hailing kesal dengan sikap penumpang yang menjengkelkan. -Gambar hiasan

Pada masa sama, segelintirnya meminta pemandu e-hailing tersebut supaya bersabar dan menganggap berdepan dengan perangai penumpang yang menjengkelkan sebagai dugaan ketika mencari rezeki.

"Barang dia, dia pula tanya pemandu? Macam-macam hal.

"Dengan RM6 je dia dah rasa entitle sangat. Kasihan mentaliti begini.

"Kebanyakan jenis B40 type * ni memang berlagak sikit. Sejenis kurang common sense, dia tak macam M40 atau T20, ada yang okay. Mungkin baru nak merasa ada orang pandu, ada orang hantarkan makanan.

"Bertabahlah jadi pemandu sekarang keras (ujian). Jadi kita pun kena keraskan segalanya termasuk kesabaran. Akan ada hari memang menyakitkan hati dengan perangai tak semengah, tak cukup dengan panas hati pasal tambang ditambah pula perangai macam tu," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain