suria

Gaji RM3,000 ada hati nak pakai Mercedes-AMG A45S! Jurujual kereta pening, penat kawal emosi layan selera anak muda

Tidak dinafikan setiap individu berkeinginan memiliki kenderaan berharga ratusan ribu ringgit. -Gambar hiasan

PASTI rata-rata dalam kalangan kita pernah mendengar ungkapan ukur baju di badan sendiri.

Namun begitu, wujud segelintir individu yang lebih mementingkan jenama demi kelihatan bergaya, biarpun hakikatnya pendapatan bulanan boleh diibaratkan hanya cukup-cukup makan.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang individu dipercayai penasihat jualan (sales advisor) kereta berkongsi situasi seorang pelanggannya yang 'berselera besar' dan bercita-cita mahu memiliki kenderaan import sedangkan gajinya tidak mencukupi untuk membayar ansuran bulanan.

kereta 1

Perbualan di aplikasi WhatsApp antara jurujual dengan klien berkenaan.

"Pening dengan budak-budak sekarang yang baru nak hidup.

"Selera besar, nak beli kereta (bayaran) bulanan lagi tinggi daripada gaji dia.

"Inilah perkara kau kena hadap dan control emosi apabila jumpa orang macam ni," demikian tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Menurut penasihat jualan tersebut, bakal pelanggannya itu berhasrat untuk memiliki sebuah kereta model Mercedes-AMG A45S 4MATIC+ terpakai yang berharga sekitar RM312,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri askar merengek nak X50, ‘marah’ kerja gomen pun kena guarantor! Jurujual buntu gaji bersih klien tinggal RM1,100

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak sekufu seram nak kahwin GF selera besar... Suruh bayar duit kereta, cari bibik lepas nikah - “Gaji dia lagi tinggi daripada saya”

Menerusi perkongsian tersebut juga, dia memuat naik dua imej tangkapan skrin (screenshot) perbualannya bersama klien berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.

Daripada perkongsian gambar berkenaan, bayaran bulanan yang dinyatakan dalam iklan untuk kereta berkenaan adalah RM3,161 (dengan 10 peratus bayaran muka) atau RM3,512 tanpa bayaran muka untuk tempoh sembilan tahun.

Aku yang pendapatan RM5,000 ke RM6,000 sebulan ni pun takut nak beli kereta hutang. Pakai je mana ada yang mampu.

NETIZEN

Sementara itu, menerusi ruangan butiran pendapatan yang diisikan, kliennya menyatakan gaji bersih yang diperolehinya adalah RM3,000 sebulan iaitu kurang daripada jumlah ansuran bulanan kereta berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan kecaman terhadap klien individu berkenaan yang bersikap tidak mengukur baju di badan sendiri.

komen kereta

Antara reaksi warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Aku yang pendapatan RM5,000 ke RM6,000 sebulan ni pun takut nak beli kereta hutang. Pakai je mana ada yang mampu. Macam manalah budak ni boleh terfikir nak beli kereta mahal... hidup dalam delusi ke?

"Saya dulu mula kerja gaji RM3,700 naik tren je. Dah naik sikit baru pakai Axia. Taste bukan main ye.

"Saya memang jual kereta second hand since 2021. Apa yang saya boleh cakap budak-budak sekarang selera Nauzubillah... gaji ciput. Apabila saya cakap, mulalah kata saya ni berlagak pertikai gaji orang," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain