PENGGUNA telefon pintar di bawah sistem operasi Android dilihat sering berada dalam bayangan syarikat gergasi teknologi, Apple Inc yang mengetengahkan produk iPhone. Antara stigma yang diperhatikan sering terpahat dalam masyarakat adalah telefon Android lebih sinonim dengan golongan marhaen, manakala iPhone pula untuk mereka yang berstatus elit. Melalui satu perkongsian di media sosial, seorang wanita menceritakan situasi menjengkelkan yang dihadapinya ketika berurusan dengan juruwang di kaunter pembayaran. Jenis telefon pintar yang dimiliki boleh menjadi lambang kemewahan. -Gambar hiasan Menurutnya, dia ketika itu singgah ke sebuah kedai serbaneka untuk membeli sarung telefon buat anaknya. "Kalau nak tahu, saya ni ada personaliti yang sentiasa ingin puaskan hati semua orang. Waktu nak bayar di kaunter, tiba-tiba juruwang tu ajak berborak dengan saya, dia cakap... betul ke nak casing untuk iPhone 11? "Saya pun cakap ya, memandangkan itu telefon yang anak saya guna. Tapi saya tak beritahu perkara ni kepada juruwang tersebut, jadi dia ingat saya beli sarung telefon untuk saya sendiri. Padahal sebenarnya saya pakai telefon Android je. ARTIKEL BERKAITAN: Anak buah dimewahkan dengan iPhone, Play Station... Wanita tak suka kakak jadi ‘cool rich aunty’, ganggu proses mendidik! ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun menabung akhirnya dapat beli iPhone 12 Pro Max... Usaha kanak-kanak ini tolong ibu berniaga berbaloi! "Kemudian tak sangka pula juruwang tu boleh cakap... oh kita guna telefon yang sama la kalau begitu, saya pun iPhone 11. Saya okay lagi waktu ni, saya mula cemas apabila tiba masa nak buat pembayaran "Jumlah semua sekali RM16.40. Saya berbelah bahagi, nak bayar menerusi kod QR atau guna wang tunai. Saya biasanya pakai kod QR, tapi masalahnya nanti kantoi pula saya guna Android," ujar wanita itu dalam dilema. Bagi menyelamatkan air mukanya, wanita itu akhirnya memilih untuk membayar menggunakan wang tunai. Golongan kita ni selalu overthinking tentang orang lain, prinsipnya biar kita susah asalkan orang lain senang hati. WARGA MAYA "Asalnya saya dah pasang niat nak guna cash ni untuk bayar tempat letak kereta dan beli minuman teh ais di gerai berdekatan, tapi tak mengapa, lebih mengaibkan kalau pekung saya terbuka. "Saya tak mahu kecewakan juruwang tu dengan hakikat yang telefon kami tak sama pun sebenarnya. Hanya dia seorang guna iPhone, saya pula Android. "Sebegitu kronik keadaan personaliti saya ni, sampai benda yang remeh pun saya boleh besar-besarkan," kata wanita itu risau. Pelayar bertukar pandangan. Menjengah ke ruangan komen, sebahagian warga maya memahami permasalahan dihadapi wanita itu kerana mereka turut cenderung mengutamakan orang sekeliling berbanding diri sendiri. "Saya faham perasaan awak, yang tak pernah melalui mungkin akan ingat awak mengada-ngada. Golongan kita ni selalu overthinking tentang orang lain, prinsipnya biar kita susah asalkan orang lain senang hati. "Padahal boleh je nak sebut kita beli casing phone tu untuk anak, tapi tak terkeluar daripada mulut ni. Kita lebih rela menyusahkan diri supaya situasi tak menjadi kekok. Keadaan sebegini yang kerap merunsingkan diri kita. "Lama-kelamaan kita juga akan jadi penat, asyik perah otak je. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita jumpa psikiatri," demikian kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube