ANAK kecil yang sedang membesar sememangnya mempunyai pelbagai ragam dan kerenah sehingga ada kalanya menguji kesabaran ibu bapa. Dalam situasi seperti ini, selain bersabar, ibu bapa perlu mempunyai kemahiran komunikasi dan psikologi untuk menangani perangai anak-anak. Tular satu video di laman TikTok memaparkan aksi seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak kerana enggan mengambil syiling yang diberikan ibunya sebagai duit belanja di sekolah. Video berkenaan dipercayai dirakam oleh ibu kanak-kanak berkenaan ketika menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta. "Mama minta maaf sebab abang menangis. Malu bawa bekal (duit belanja) macam ni," demikian kapsyen yang ditulis pada video berkenaan. Cabaran membesarkan anak sememangnya menguji kesabaran ibu bapa. -Gambar hiasan Menerusi video berdurasi 25 saat itu, ibu kanak-kanak tersebut dilihat mengambil beberapa keping duit syiling yang disimpan di dalam bekas plastik untuk diberikan kepada si anak. Dipercayai kesedihan kanak-kanak lelaki berkenaan juga berpunca kerana ketiadaan kasut sekolah akibat dibawa arus air banjir sehingga menyebabkan dia terpaksa memakai selipar ke sekolah. ARTIKEL BERKAITAN: Anak mengamuk waktu Maghrib, ibu nyaris ajar guna hanger! Terkedu perubahan sikap selepas baca kalimah suci ARTIKEL BERKAITAN: Bengang anak ditegur sebab tendang haiwan, bapa marah peserta MAHA 2024! Angkuh, sikit pun tak minta maaf "Dia tahan sebak kasut sekolah dibawa arus banjir. Masa inilah yang buat aku menangis teresak-esak," kata si ibu lagi. Biarpun dimuat naik tanpa audio situasi sebenar, budak lelaki tersebut yang sedang menangis dilihat seperti meninggikan suara kepada ibunya selain memalingkan wajahnya ke luar tingkap. Sehingga kini, video yang dimuat naik di laman TikTok itu meraih lebih 230,000 jumlah tontonan. Daripada pengalaman saya yang sikit ni, anak ini kurang ditangan-tangankan. NETIZEN Menjengah ruangan komen pula, pelbagai reaksi yang dilontarkan oleh warga maya. Ada yang bersimpati dan memahami situasi getir yang dilalui oleh si ibu yang terpaksa mencatu perbelanjaan kerana kekangan kewangan. "Sabar ibu, anak dalam proses nak faham. Anak saya apabila dapat syiling membentak juga tapi saya beritahu syiling atau kertas tetap duit juga. "Kena banyak bercerita dengan anak, kuatkan jati diri dia. Tambahkan keyakinan dia akan ujian Allah tu untuk membentuk dirinya jadi orang hebat. "Saya pun di tempat yang sama. Alhamdulillah anak saya memahami setelah diceramah. Kadang-kadang anak ni kena ajar susah untuk dapatkan sesuatu," demikian antara komen netizen. Reaksi netizen yang pelbagai terhadap perkongsian video berkenaan. Dalam pada itu, ada netizen yang menyarankan supaya si ibu bertegas dalam mendidik anaknya agar lebih memahami situasi keluarga. "Daripada pengalaman saya yang sikit ni, anak ini kurang ditangan-tangankan. "Sedih tengok video ni. Bukan sedih pasal duit, tapi sedih tengok cara anak berkomunikasi dengan ibu dia," demikian komen mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube