suria

“Alhamdulillah puas hati jaga dia” - Jururawat reda diceraikan lepas 5 tahun jaga suami sakit, doa moga bahagia dengan isteri baharu

Seorang wanita berkongsi kisah rumah tangganya di Facebook.

KETABAHAN seorang wanita berkongsi kisah dan foto bekas suaminya berkahwin lain mengundang simpati ramai.

Mana tidaknya, difahamkan lelaki berkenaan memilih untuk menceraikannya selepas wanita itu bertungkus-lumus menjaganya yang terlantar sakit akibat kemalangan pada 2019.

Menerusi muat naik di Facebook, wanita yang bekerja sebagai jururawat itu menyampaikan ucapan tahniah kepada bekas pasangannya dan isteri baharunya itu.

67443199_2489313477800607_1704018215874592768_n

Detik-detik saat menjaga suami ketika sedang sakit.

"Tahniah (bekas) suami, semoga bahagia dengan pilihan hati awak. Kepada E*** E***. Jaga la dia (bekas suami) baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia.

"Alhamdulillah saya sudah selesai (bercerai) dengan dia. Sekarang masa awak ambil alih tanggungjawab saya," ujarnya menerusi hantaran dibuat.

Berdasarkan foto yang dikongsikan, bekas suaminya itu dilihat segak memakai busana songket berwarna merah sedondon dengan pasangan ketika sesi memotong kek.

Dalam nada tenang dan reda, wanita itu berkata sepanjang bergelar isteri kepada lelaki berkenaan dia sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gelabah isteri terlantar sakit tak dapat tunai tanggungjawab, terus kahwin lain! Anak-anak dibiar dengan bini pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 2 dekad kahwin, wanita baru tahu dah 3 tahun dirinya dimadukan! Famili mentua bantu suami sorok pernikahan

Segala susah senang bersama lelaki yang difahamkan bekerja sebagai pembantu perubatan itu diharungi baik.

"Sekarang hanya sejarah yang tercipta setelah bertungkus lumus selama lima tahun ditambah dua tahun PJJ (percintaan jarak jauh) sebelum kemalangan.

"Alhamdulillah puas hati jaga dia. Sampai masa serahkan satu tanggungjawab besar pada orang baharu," jelasnya lagi.

Setiap hari juga saya tukang sedut kahak walaupun kadang-kadang sangat menakutkan apabila dia terbatuk-batuk.

BEKAS ISTERI

Sebelum ini menerusi hantaran bertarikh 2 Ogos 2019, wanita tersebut mula berkongsi perjalanannya menjaga suami selepas terlibat kemalangan pada tahun kedua mereka berumah tangga.

Akibat kemalangan tersebut, suaminya mengalami kecederaan pada bahagian kepala, paru-paru dan patah pada bahagian tulang rusuk.

"Hari demi hari saya lalui dengan hati yang tenang walaupun tersangat penat. Empat jam sekali bagi susu guna tube. Setiap hari jururawat tolong saya tukar cadar dan lampin dewasa serta mandikan dia.

"Setiap hari juga saya sedut kahak walaupun kadang-kadang sangat menakutkan apabila dia terbatuk-batuk. Setiap hari buat fisioterapi. Setiap hari juga mak dan adik kepada suami datang supaya saya dapat rehatkan diri.

2970833A

Wanita ini memikul tanggungawab besar menguruskan keluarga ketika suami terlantar di hospital.

"Kadang-kadang waktu beli barang keperluan suami dan anak. Terasa janggal apabila menguruskan segala tanpa suami. Penat mental dan fizikal. Keluarga saya la orang yang paling banyak bantu dan berjasa untuk kami," ujarnya yang mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu pada 2016.

Tegasnya dalam hantaran lima tahun lalu yang disunting semula itu, perkongsian berkenaan sekadar mahu memberi inspirasi buat mereka yang mengalami nasib sama dengannya.

Rata-rata netizen mengagumi kecekalan dan ketabahannya dan mendoakan agar dia terus tabah mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain