SEJARAH kesihatan pesakit perlu diketahui anggota perubatan sebelum memberikan rawatan demi mengelakkan komplikasi yang boleh membahayakan nyawa. Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang doktor gigi menceritakan bagaimana pesakitnya hampir menerima padah kerana tidak bersikap jujur. Menurut doktor itu, dia pada mulanya mengajukan soalan rutin untuk mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang kesihatan pesakit tersebut. Situasi genting ketika doktor merawat pesakit berisiko tinggi. -Gambar hiasan "Ada seorang pakcik ni datang ke klinik saya sambil ditemani isterinya, dia nak cabut gigi. Saya boleh anggarkan umur pakcik tu dalam lingkungan 50-an. Jadi saya pun tanya soalan biasa... pakcik ada masalah kesihatan ke? "Pakcik tu jawab dia ada penyakit kencing manis dan sedang makan ubat, selain daripada tu boleh dikatakan sihat. Saya sambung tanya... sudah sarapan dan makan ubat tu? Pakcik berkenaan dengan yakinnya cakap sudah. "Semuanya nampak berjalan lancar dan saya pun teruskan untuk cabut gigi pakcik tu. Tapi apabila selesai je prosedur buang gigi, kelihatan pakcik tu duduk pegang kepala dia sambil pejam mata, seperti nak pitam. Saya mula risau. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Burnout’ di ofis sampai sakit kepala, pergi klinik kena bebel pula! Pesakit mengamuk dakwa doktor ‘kedekut MC’ ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘intern’ ajak mak jumpa bos, stres disuruh masuk data dalam sistem... Siap bawa surat doktor nak berhenti kerja "Saya terus tepuk bahu pakcik tu, saya tanya dia okey ke tak, tapi tiada respons. Saya tanya sekali lagi... pakcik sarapan apa tadi? Kemudian isteri pakcik tu menyampuk, daripada situ baru saya tahu perkara sebenar," imbasnya. Doktor itu terkesima apabila dimaklumkan oleh si isteri bahawa pesakitnya hanya bersarapan ala kadar dan bukan seperti yang dibayangkan. "Isteri tu beritahu saya... pakcik tadi sarapan cuma minum air kosong je. Dah sudah, saya syak pakcik ni tengah Hypoglycemia, maksudnya kandungan gula dalam darah dia sedang kurang. Gejala biasa untuk orang menghidap diabetes. Diharapkan perkara ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain, jangan sesekali tipu doktor. DOKTOR GIGI "Saya pun kelam-kabut panggil staf. Saya minta dia turun ke bawah secepat mungkin untuk belikan air coklat, pakcik ni perlukan gula dengan kadar segera. Tak sampai beberapa minit, staf tu datang balik dekat saya, dia cakap dia tiada duit. "Aduhai, akhirnya saya sendiri yang bergegas ke bawah, nasib baik ada kedai runcit berhampiran klinik saya. Selepas belikan air coklat, saya pun bagi pakcik tu minum. Tak lama tu, keadaan pakcik bertambah stabil, dia boleh kembali bercakap. "Saya nasihat kepada pakcik tu, lain kali jangan buat macam ni lagi sebab bahaya, lihat apa yang berlaku. Diharapkan perkara ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain, jangan sesekali tipu doktor," katanya mengakhiri kata. Pelayar bertukar pandangan. Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut berkongsi pengalaman hampir serupa melibatkan situasi yang dibincangkan. "Betul tu, mak mentua saya pun tak jujur, dia cakap dia sudah makan ubat tapi sebenarnya belum, esoknya tu dia terkena strok. Taubat terus dia, merana seumur hidup gara-gara tak suka makan ubat. "Kadang-kadang tu kita tak tahu pun yang kita ada penyakit, ada sekali tu saya pergi buat scaling gigi, tiba-tiba berdarah teruk gusi. Rupanya baru tahu saya ada masalah kesihatan yang selama ni saya tak sedar," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube