PASTINYA perit menanggung derita apabila harta yang dikumpul dengan titik peluh sendiri sejak sekian lama lesap sekelip mata. Selain berpunca daripada kecuaian atau insiden di luar jangkaan, sindiket penipuan juga boleh menjadi faktor membuatkan seseorang itu jatuh muflis. Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang pemuda yang berkecimpung dalam bidang pelaburan menceritakan kisah tragis bagaimana kenalan lamanya berputih mata akibat ditipu. Rintangan kehidupan harus diterima dengan hati terbuka. -Gambar hiasan Menurut pemuda itu, rakan tersebut boleh digambarkan sebagai seorang yang kaya raya dan diperhatikan mampu hidup senang lenang tanpa perlu risau soal kewangan. "Sebelum kejadian ni, kawan saya tu buka perniagaan, Alhamdulillah nampak menjadi. Kalau tengok apa yang dia kongsikan di media sosial, memang kelihatan menginspirasikan. "Murah sungguh rezeki dia sampai mampu beli kereta baharu, rumah baharu dan boleh bawa keluarga berjalan ke luar negara. Saya rasa kalau dia masih kekal dengan kerja lama, memang susah nak dapat kehidupan yang seperti itu. ARTIKEL BERKAITAN: Duit belanja buat umrah hangus, pensyarah ditipu pelajar sendiri... Tak sangka surat tawaran belajar di UK hanya palsu! ARTIKEL BERKAITAN: Hangus RM3,000! Wanita sedang berpantang dijerat Macau Scam, ‘pindah’ semua duit selepas cuak ‘hukuman gantung’ "Saya sebagai kawan lama, bangga lihat kejayaan yang dia miliki sebab saya sedar ia bukan datang bergolek. Banyak jerih perih dan cabaran yang dia tempuhi untuk sampai ke tahap itu. "Saya tahu semua ini kerana sudah lama saya follow akaun media sosial dia. Tapi itulah, macam orang selalu cakap, kesenangan dalam dunia ni kalau Allah nak tarik, sekelip mata je boleh jadi," ujar pemuda itu. Detik hitam dalam hidup bermula apabila rakan pemuda tersebut terpedaya dengan penipuan skim pelaburan emas. Mohon celik kewangan, jangan sesekali percaya janji-janji manis yang terlalu indah untuk menjadi kenyataan. WARGA MAYA "Orang yang ajak dia sertai skim tersebut janji melangit, katanya boleh untung banyak, sampai berpuluh ribu. Jadi kawan saya tu pun melabur dalam kuantiti yang agak banyak. Tapi tiba-tiba dia tak boleh keluarkan semula duit tu, terus hangus. "Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, kemudian dia terkena pula dengan penipuan dalam talian. Beratus ribu ringgit terus lesap. Tak cukup sekadar itu dugaan Allah nak bagi, seterusnya gudang perniagaan dia pula terbakar. "Habis punah semua, berbulan-bulan kawan saya tu menangis air mata sampai kering. Tapi saya kagum, dia kuatkan semangat untuk bangkit semula, bukan untuk diri dia tapi sebab dia fikir ada pekerja yang perlu digaji. Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. -Gambar hiasan "Dalam keadaan dirinya ditimpa kesusahan, dia fikir tentang kepentingan orang lain dulu. Maka dia pun mulakan semula bisnes dia dari bawah. MasyaAllah respect! Semoga Allah permudahkan urusannya," kata pemuda itu. Mengakhiri kata, pemuda tersebut menegaskan tidak pernah wujud jalan pintas untuk seseorang itu hidup mewah. "Mohon celik kewangan, jangan sesekali percaya janji manis yang terlalu indah untuk menjadi kenyataan," ujarnya menitip pesanan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube