suria

Wanita hilang dara sebab zina disaran tutup aib, tak perlu cerita kepada bakal suami... Kaum Adam tak setuju, minta jujur kongsi kisah silam

Wanita yang pernah berzina dinasihat sembunyikan aib, segera bertaubat dan jangan mengulanginya semula. -Gambar hiasan

GOLONGAN wanita yang pernah berzina dinasihatkan jangan sesekali menceritakan dosa yang pernah dilakukan itu kepada orang lain, termasuk suami mereka sendiri.

Penulis buku agama, Yazid Hamka berkata aib yang pernah dilakukan perlu disesali dan jangan sesekali diulangi semula, sebaliknya kuburkannya sedalam mungkin tanpa perlu digali kembali.

"Pesan Nabi, jauhi perkara keji ini (zina) yang Allah telah larang. Tetapi jika ada yang melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya sebagaimana Allah telah menyembunyikannya. Dan bertaubatlah kepada Allah.

Dosa untuk disesali dan bukan untuk diingati. - Gambar hiasan.

Dosa untuk disesali dan bukan untuk diingati. - Gambar hiasan.

"Perkara yang dah berlalu, sudah berlalu. Sekarang hidup perlu diteruskan. Fokus untuk kebahagiaan masa hadapan dengan pasangan," kata Yazid menerusi satu hantaran di X.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang wanita yang memaklumkan bahawa bapanya sedang mencarikan jodoh buat dirinya.

Bagaimanapun, wanita itu bimbang dirinya sudah tidak mempunyai dara serta keliru sama ada mahu menceritakan kisah silam kepada bakal suami atau terus merahsiakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam tegur janda ada anak perempuan, hati-hati jika kahwin baharu... Jangan buka ruang zina dalam rumah sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri balas sumpah laknat, pertahan maruah diri nafi lakukan zina! Gugur air mata, suami buat tuduhan paling keji

"Ayah saya ada carikan jodoh untuk saya tetapi saya takut dengan penerimaan dia. Saya dah tak virgin (dara). How (bagaimana) ya? Saya takut. Perlu cakap ke kalau dia tanya," soal wanita tersebut.

Mengulas lanjut, Yazid berkata perkara yang sudah berlalu perlu dibiarkan berlalu dan perlu fokus untuk kebahagian masa hadapan dengan pasangan.

"Taubat, dan ampuni diri sendiri sebagaimana Allah ampunkan kita. Dosa untuk disesali, bukan untuk diingati," katanya.

Pandangan warga maya. - Foto X

Pandangan warga maya. - Foto X

Namun, sekiranya berlaku situasi pihak bakal suami memberi syarat jelas supaya calon isteri mestilah dalam keadaan masih dara, Yazid berkata pihak wanita boleh menolak lamaran.

"Ketika ini perlu tolak dengan cara baik tanpa memberitahu bahawa dia pernah melakukan zina kerana hilangnya dara bukan semata-mata berpunca daripada perzinaan," katanya.

Sementara itu, warga X kurang setuju seandainya lelaki tidak mengetahui status dara bakal isteri mereka dan berharap wanita lebih jujur sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Alasan tutup aib bukan 'lesen' untuk tidak berlaku jujur.

NETIZEN

"Dah tak suci carilah yang tak suci juga, taubat taubat lepas tu dah rosak apa kejadahnya, kesian betul kalau dapat suami yang suci jaga kemaluannya dari perempuan.

"Tutup aib dan berlaku jujur terhadap orang lain tu dua benda yang berbeza. Alasan tutup aib bukan lesen untuk tidak berlaku jujur.

"Cakap (beritahu) ja. Ramai lelaki konservatif kat luar sana. Jangan cerita kat keluarga . Cerita kat bakal suami. Dia terima baguslah. Tak terima nasib badan la," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain