KECEKAPAN pengurusan sebuah hospital di Malaysia mendapat perhatian seorang wanita dari United Kingdom. Dalam perkongsian wanita itu di TikTok, dia menceritakan semula pengalamannya ketika melakukan pembedahan di sebuah hospital swasta pada awal Oktober lalu. Kisah bermula apabila minah salih itu terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan selepas mengalami kesakitan pada bahagian abdomen (bawah perut). "Pada mulanya saya tak pergi ke hospital sehinggalah pukul 11 pagi sebab saya ingatkan sakit tu akan beransur hilang. Wanita ini memuji servis dan layanan diterima sepanjang rawatan. "Tapi keadaan saya menjadi bertambah buruk sehinggakan saya menggigil dan menggeletar. Saya rasa sakit yang teramat. "Kami pergi ke hospital pukul 11 pagi. Dalam masa dua jam selepas tiba, pihak hospital sudah mula mengambil sampel untuk ujian darah serta air kencing dan CT scan," katanya dalam bahasa Inggeris. Menurut wanita itu, selepas ujian dilakukan pihak hospital mengesahkan bahawa dia menghidap apendiks dan terpaksa melakukan pembedahan segera. "Saya rasa sangat takut sebab kena buat pembedahan. Memang sudah tiada cara lain. Pada pukul 3 petang, hospital beritahu yang pembedahan saya akan dilakukan pukul 5 petang. ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih anggap Menara Merdeka 118 ‘menipu’ jadi pencakar langit ke-2 tertinggi dunia, tetap ‘sombong’ walau dah tahu kebenaran! ARTIKEL BERKAITAN: Minah salih merajuk, tak boleh cari makan di Malaysia... Disuruh buat ‘content’ promosi tapi nak bayar guna barang "Jadi saya tak ada masa nak bersiap atau bersedia dari segi mental yang mana saya rasa ada bagusnya sebab saya tak pernah lakukan apa-apa pembedahan sebelum ini. "Tempuh perjalanan jauh dengan Sam (suami) dan anak-anak menjadikan ia satu pengalaman menggerunkan," katanya tanpa mendedahkan nama atau lokasi hospital.. Dia yang sudah menetap selama lima bulan di negara ini berkata, pembedahan itu yang menelan kos berjumlah RM40,582 akhirnya selesai pukul 8 malam. Kiraan itu dibuat bermula dari dia tiba di hospital sehinggalah pembedahan berjaya dilakukan, yang mana keseluruhan proses itu hanya mengambil masa selama sembilan jam sahaja. Seronok perhatikan awak tengok rancangan mengaji al-Quran dekat televisyen. NETIZEN Ketika ditahan di wad selama lima hari selepas pembedahan, dia turut menyewa apartmen pada kadar RM4,602 bagi tiga malam yang memiliki ruang makan dan tandas. "Hospital berkenaan berdekatan dengan tempat tinggal yang mengambil masa 30 minit untuk tiba dari apartment disewa. "Saya dapat keluar wad selepas lima hari berada di hospital. Tetapi masuk semula ke ICU (unit rawatan intensif) sebab ada alergi dengan salah satu antibiotik diambil," katanya. Hantaran dikongsikan ini mendapat pelbagai reaksi netizen negara ini yang teruja dengan pengalaman diceritakan menerusi The Unconventional Fam di TikTok. Perkongsian wanita ini mendapat perhatian netizen. Dalam pada itu, ada juga netizen yang teruja melihat pilihan rancangan yang ditonton wanita ini ketika berada di wad. "Seronok perhatikan awak tengok rancangan mengaji al-Quran dekat televisyen. Semoga cepat sembuh," ujar warga maya di ruangan komen. Menurut minah salih itu, segala kos pembedahan sepanjang berada di hospital itu ditanggung oleh insurans syarikat tempat dia bekerja. Malah, wanita ini begitu kagum dengan memuji layanan dan servis penjagaan kesihatan yang diterima olehnya sepanjang berada di situ. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube