LAFAZ cerai tidak boleh dipandang ringan kerana ia membawa implikasi yang besar terhadap sesebuah perkahwinan. Namun, seorang lelaki mendakwa dia telah terlanjur melafazkan cerai talak tiga kerana kerap dicabar oleh isterinya. Lebih menyedihkan, lelaki itu berkata dia sudah lapan tahun berumah tangga dan mereka kini mempunyai tiga cahaya mata. Selain menjaga tutur kata, setiap individu juga tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas pasangan mereka. -Gambar hiasan "Aku ceraikan bini aku dengan talak tiga. Ya, talak tiga. Satu masalah, dia (isteri) kerap kali minta cerai. Bila ada selisih faham, remeh je ayat dia ulang-ulang minta cerai. "Bayangkan kalau dua bulan tu dua kali bergaduh, maka dua kali dia minta cerai. Kadang-kadang sampai seminggu dia ulang. Aku bertahan, lapan tahun aku bersabar. Tiap kali nak terlafaz, aku telan semula. Tapi entahlah. "Mungkin dah tak tertahan mulut aku, terus laju lafazkan talak. Lepas je lafazkan, semua senyap sunyi. Aku sendiri terduduk. Semua dah berakhir," luahnya. Aku cukup sedar waktu tu,dan aku sedar memang aku waras dan berniat. SUAMI Kisah lelaki itu tular selepas dia membuat perkongsian menerusi aplikasi TikTok. Dalam perkongsian sama, lelaki itu berkata dia berada dalam keadaan buntu, malah bekas isterinya juga tidak dapat menerima perpisahan berkenaan. "Dan sekarang bini aku suruh aku bersumpah yang aku tak sedar waktu aku melafazkan talak. Dia tak nak berpisah tapi aku tak sanggup nak bermain dengan hukum Allah. ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak culas tapi ‘hadap’ phone sampai subuh! Isteri nak cerai, tak mahu terus berdosa marah suami ‘kaki game’ ARTIKEL BERKAITAN: Kakak 2 kali cerai, terbaharu belum habis idah dah rancang kahwin lagi... Adik malu besar, enggan jadi wali "Aku cukup sedar waktu tu dan aku sedar memang aku waras dan berniat. Aku pun dah jadi bengong dah sekarang ni. Sabar lelaki jangan dicabar. "Mungkin ini yang orang kata, setiap perkataan yang dilafaz sewaktu emosi kemarahan, semua berakhir dengan penyesalan," kata lelaki itu. Tambah lelaki itu, dia juga tidak pernah culas memberi nafkah terhadap bekas isterinya yang merupakan seorang suri rumah. Di ruangan komen, ramai netizen menyokong lelaki itu dan berharap perceraian berkenaan menjadi pengajaran buat bekas isterinya. Ada pasangan memilih jalan perceraian kerana tiada persefahaman. -Gambar hiasan "Meminta-minta. Setiap kata-kata adalah doa. Akhirnya termakbul. Nak patah balik susah. "Tak apa bang. Ini masanya kau cari bini baru. Move on, mental sendiri kena jaga. "Kadang-kadang pelik kenapa ada perempuan yang suka cabar kesabaran suami? Perkataan cerai tu kat mulut macam zikir. "Dah tak perlu menyesal. Dia sendiri yang tak reti nak menghargai," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube