suria

Wanita bawa lari 717 bungkus bahulu pukul 3 pagi akhirnya langsai bayaran, anak peniaga padam rakaman CCTV tular

Wanita yang mengambil bahulu tanpa bayaran sudah melangsaikan hutang selepas videonya tular. Gambar hiasan

PENIAGA bahulu yang kisahnya tular kerana ditipu oleh pelanggan akhirnya mendapat bayaran yang sepatutnya diterima.

Menerusi satu perkongsian di media sosial pada Rabu, anaknya, Aiman Syazani memaklumkan bahawa kes ibunya ditipu oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya peniaga doorgift selesai apabila menerima bayaran untuk 717 bungkus bahulu yang sebelum ini dibawa lari.

Tanpa menjelaskan lebih lanjut bila pembayaran dilakukan, dia turut memadam video rakaman CCTV yang dikongsikan sebelum ini.

Sebelum ini tular rakaman video CCTV berkaitan wanita didakwa membawa lari bahulu ditempah.

Sebelum ini tular rakaman video CCTV seorang wanita tidak membayar bahulu ditempah.

Menurut pemuda itu, perkara ini telah disahkan sendiri oleh ibunya yang merupakan pengusaha kuih bahulu di Rompin, Pahang.

“Rakyat Malaysia memang sangat supportive. Cuma saya doakan yang mana masih tak settle lagi urusan dengan dia (peniaga doorgift) (incase ada yang kena scam juga) saya doakan semoga urusan dipermudahkan.

By the way ramai tanya about bahulu my mom. Ada yang tanya macam mana nak tempah bahulu untuk goodies and sebagainya, korang boleh terus ke Shopee mama saya tau,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempuh 400km pukul 3 pagi demi menipu! Wanita bawa lari 717 bungkus bahulu dari rumah peniaga, bagi resit dah edit

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian warganet dengan rata-ratanya mendoakan bisnes bahulu ibunya terus berkembang.

“Alhamdulillah dah selesai kes.

“Alhamdulillah. Baru tau langit dengan bumi,” demikian antara komen warganet.

Alhamdulilah dah dapat full payment. Soon video tu saya akan take down.

AIMAN SYAZANI

Sebelum ini Aiman Syazani memuat naik satu hantaran menceritakan bagaimana ibunya ditipu oleh seorang wanita itu yang mendakwa dirinya peniaga doorgift.

Wanita itu dikatakan sanggup datang dari Selangor ke kedai ibunya di Rompin untuk mengambil 717 bungkus bahulu yang ditempah pada pukul 3 pagi kerana mahu tempahannya dihantar melalui pos.

Bagaimanapun keesokan hari, ibunya sedar bahawa resit bukti pembayaran kuih tradisional itu yang berjumlah RM940 yang diberikan oleh wanita itu telah disunting dengan tiada wang yang dipindahkan.

Bersama posting itu, Aiman Syazani turut berkongsi video rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita datang ke kedai ibunya dan mengambil tempahan kuih bahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain