KENAIKAN pangkat sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap pekerja memandangkan mereka juga akan menerima gaji yang lebih tinggi. Maka tidak hairanlah jika individu yang dinaikkan pangkat sering meraikan pencapaian ini dengan acara makan-makan bersama rakan atau ahli keluarga terdekat. Di Facebook, seorang jurutera dikenali sebagai Zainuddin Omar berkongsi kisah rakannya yang terpaksa berbelanja besar selepas dinaikkan pangkat. Hidangan stik harganya agak mahal, bergantung kepada jenis daging yang dipilih. -Gambar hiasan "Seorang rakan saya baru naik pangkat dari gred 54 kepada Jusa C. Kawan-kawan satu batch dia ramai yang masih di takuk gred 54 dan dia paling awal naik pangkat. "Apabila naik pangkat, kawan-kawan rapat akan ‘pester’ untuk belanja makan. Akhirnya dia terpaksa akur membawa enam orang rakan rapat ke restoran stik yang famous," ujarnya. Dalam kejadian pada tahun 2023, Zainuddin berkata rakannya itu terpaksa membayar RM3,000 apabila ada dalam kalangan rakan-rakannya yang memilih hidangan terlampau mahal. Berpada-padalah order bila ada kawan nak belanja kita. ZAINUDDIN OMAR "Apabila menu sampai beberapa orang daripada mereka bukan memilih jenis stik tetapi memilih mana hidangan terpaling mahal. Tanpa malu mereka order stik wagyu berharga RM600 kerana ada orang lain bayarkan. "Dua orang rakan lain terasa malu dan hanya order stik berharga RM60 sahaja. Apabila bil sampai rakan saya terpaksa bayar bil RM3,000 kena ‘sembelih’ dengan rakan-rakannya. "Bajet rakan saya hanya setakat RM200 hingga RM300 sahaja. Dia mengadu kepada saya bagaimana rakan-rakannya sanggup berbuat demikian kerana 'jaki' dia naik pangkat dulu," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Mak macam paksa suruh belanja, langsung tiada timbang rasa! Anak tengah ‘pokai’ bayarkan juga, tapi susah nak ikhlaskan hati ARTIKEL BERKAITAN: Terjumpa pengantin baharu tanpa jurufoto di pantai, pemuda terus belanja photoshoot! Gambar siap, baru tahu kisah sebenar Bercerita lanjut, Zainuddin berkata dia sendiri pernah berdepan kejadian sama apabila ada rakan yang mengambil kesempatan ketika mereka menjamu selera di sebuah restoran nasi kandar. "Dia memilih seekor udang paling besar dan sotong mega walhal saya hanya makan ayam ros sahaja. Terkedu jugalah saya membayar bilnya. Bukan kedekut tetapi berpada-pada berbelanja melayan nafsu perut. "Moral of the story. Berakhlak dan beradablah, don't take advantage of mild mannered friends. Berpada-padalah order bila ada kawan nak belanja kita. Jangan ambil kesempatan atas kemurahan hati dia," pesannya lagi. Ada netizen menganggap budaya belanja makan rakan sekerja bukanlah satu keperluan. -Gambar hiasan Di ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan mesej yang disampaikan oleh Zainuddin kerana mereka juga pernah berdepan kejadian serupa. "Pernah kena. Saya makan satu lauk. Mereka makan dua lauk dengan side dish. Siap tambah air lagi. "Bapa saya ajar, kalau orang belanja, kita suruh dia order. Kalau kita order sendiri, kita order lagi murah daripada tukang yang bayar. "Keluarga saya pesan kalau orang belanja, ambil makanan yang murah. Jangan sampai bebankan dia. "Saya kurang setuju budaya perlu belanja kawan pejabat atas sebab naik pangkat," tulis beberapa pelayar Facebook. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube