DALAM sebuah keluarga besar, hubungan antara menantu dan mentua sering menjadi perbincangan ramai. Seperti perkongsian seorang wanita di TikTok, dia menceritakan satu sisi tidak menyenangkan melibatkan ibu mentua yang didakwa kerap mencubit anak perempuannya. Menurut wanita itu, pendedahan mengenai sikap ibu mentuanya itu dibuat setelah dia mendapat pengesahan dan bukti. Pengadu turut menceritakan masalah ini kepada suami. -Gambar hiasan "Anak saya baru boleh cakap jelas dalam umur tiga tahun, lima bulan. Sebelum ni dia tahu menangis dan tunjuk-tunjuk je. Nak beritahu (bercakap) tak reti. "Jadi saya rasa ada benda tak kena. Saya latih dia, beritahu kena cubit macam ni, pukul macam ni, tunjuk gaya. Akhirnya dia pandai dah," katanya. Tambah wanita itu lagi, dia dan suami tinggal berhampiran dengan rumah mentua dengan jarak tidak sampai satu kilometer. Justeru, suaminya sering mengajaknya menjenguk mentua dan bermalam di sana sekurang-kurangnya sebulan sekali. Bercerita lanjut mengenai pengalaman bermalam di rumah mentua, wanita itu berkata anak perempuannya biasanya akan menangis setiap kali dia solat atau mandi. "Kadang-kadang ada dia (anak) menangis datang dekat saya. Jadi mak mentua cepat-cepat beritahu anak saya tersadung dan macam-macam alasan lain. "Saya okay je sebab anak saya bukan nakal pun. Selalu dia nak naik atas sofa je, tak pun berlari-lari. Itu saya tegur la. "Kita pula kadang-kadang marah anak depan dia (mentua)yang mana tak bagus pun untuk emosi budak bila marah depan orang," jelasnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua suka hati keluar masuk bilik tidur, menantu tidak selesa tetapi suami minta faham keadaan ARTIKEL BERKAITAN: Anggap wanita datang haid kotor... Bapa mentua marah menantu masak untuk keluarga, tak sentuh makanan dihidang Bagaimanapun, segala kemusykilannya selama ini terjawab apabila mereka sekeluarga perlu menumpang rumah mentua untuk beberapa minggu kerana kediaman sedang direnovasi. "Jadi sepanjang duduk situ banyak kali la anak menangis datang beritahu kena cubit. Ada sekali je saya buat-buat teka depan mak mentua. "Kenapa kakak? Nenek cubit? Eh mak mentua dekat belakang marah sambil nafikan. Kitanya tak bodoh. Anak menangis tanya kenapa dan saya selak je baju dia. Nah... bukti nyata. Anak saya tak tipu. Memang kena cubit. Mentua awak macam ada masalah mental. Serius saya cakap. NETIZEN "Sebelum ni pernah mengadu dekat suami. Mula-mula dia terkejut, lepas tu suami cakap masa saya mengandung dia pernah nampak ibunya cubit anak kakak sebab buka peti nak ambil telur," katanya lagi. Perkongsian wanita ini meraih pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasibnya dan anak perempuan. Komen netizen di media sosial. "Cubit dia (mentua) balik kak lepas tu tanya sakit tak mak? Geram pula kita. "Pertama kali baca nenek tak gemar (suka) cucu. Macam mak ayah saya, cucu ada calar sikit kat muka saya yang kena marah dan soal siasat macam polis. "Mentua awak macam ada masalah mental. Serius saya cakap. Kena pergi kaunseling. "Cucu dari anak laki dengan cucu dari anak perempuan ada beza pada mentua, apa yang saya tengok pada realitilah," kata beberapa netizen. Ada juga yang berpandangan ibu mentua bersikap demikian kerana tidak suka kepada menantu. "Sebab dia tak suka menantu tu. Kalau menantu yang dia sayang OK je," kata seorang lagi pengguna media sosial. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube