PENIAGA perlu bersedia untuk berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan yang aneh dan sukar diduga. Melalui satu perkongsian di media sosial, seorang lelaki berasa sangsi dengan pelanggan yang sering singgah ke restorannya untuk menukar duit kecil. Menurut lelaki itu, pelanggan tersebut yang merupakan seorang pakcik memesan menu yang paling murah dan kemudian mengeluarkan not RM100 untuk membuat pembayaran. Tidak wajar menganiaya peniaga untuk kepentingan diri. -Gambar hiasan "Boleh bayar guna QR tapi pelanggan tak bawa telefon. Tak beragak betul datang kedai cuma beli segelas air RM3, kemudian bayar guna RM100. Dah la ketika itu aku baru je buka kedai, hasil jualan aku untuk hari tu pun tak sampai sebanyak tu lagi. "Akhirnya aku halalkan je, tak perlu bayar untuk air tu. Aku ni usahakan restoran, bukannya tempat pecah duit, sepatutnya pelanggan tu pergi ke pusat beli belah atau kedai runcit. "Sudah beberapa kali sebenarnya pelanggan tu datang buat macam ni dengan aku, setiap kali aku nak buka kedai je mesti orang sama muncul," kata lelaki itu curiga. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buat main kematian ibu, jadikan alasan tak masuk kerja... ‘Kantoi busuk’ hantar sijil kematian palsu daripada Google! ARTIKEL BERKAITAN: Call tak angkat, mesej tak balas pemuda terus terjah pejabat! Terkejut belum ada staf masuk kerja - “9.13 pagi masih tutup, waktu operasi mula jam 8” Tambah lelaki itu, setiap hari dia kebiasaannya membawa duit kecil berjumlah RM150 ke restoran untuk memudahkan transaksi. "Otak aku jadi pening setiap kali pelanggan tu datang nak bayar pakai duit besar, akhirnya waktu hari kejadian tu aku halalkan je air yang dia order, anggaplah rezeki dia. "Kalau pelanggan tu datang dalam tengah hari atau petang tak apa la juga, senang sikit aku nak tolong tukarkan duit besar," ujar lelaki itu lagi. Nak lebih selamat, pasang lampu ultraungu dekat tepi kaunter untuk mudahkan kita periksa ketulenan wang kertas. WARGA MAYA Melewati ke ruangan komen, warga maya meminta lelaki itu untuk berwaspada kerana ia berkemungkinan modus operandi 'cuci duit' oleh penjenayah. "Hati-hati bro, aku syak not yang dia bagi dekat kau tu wang palsu. Kalau betul memang rugi la kau selama ni, tanpa sedar duit kau sebenarnya dah kena 'pau'. Pelayar bertukar pandangan. "Dalam kes air RM3 tu, maksudnya kau dah rugi RM97 jika dikatakan not RM100 dia bagi tu tidak asli. Selepas ni kalau pelanggan tu datang lagi, boleh terus periksa duit yang dia bagi, aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. "Nak lebih selamat, pasang lampu ultraungu dekat tepi kaunter untuk mudahkan kita periksa ketulenan wang kertas. Kalau dapat tangkap duit palsu, jangan berlengah terus pergi lapor balai polis," ujar warga maya memberikan pesanan. Dalam pada itu ada juga yang menganggap tindakan pelanggan itu sebagai muslihat untuk mendapatkan barang secara percuma. "Sediakan duit RM1 atau syiling untuk pulangkan baki duit dia. Pastikan check duit tu dulu. Kadang-kadang saja je bagi duit besar sebab tau orang tak dapat tukar dan akhirnya bagi free. "Dah dapat percuma dengan taktik yang sama," kata beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube