suria

Budak ‘intern’ balik tanya mak, tak faham senior pejabat sembang guna kiasan makanan... Rasa jijik rupanya cerita alat sulit!

Setiap individu perlu menjaga adab sopan ketika berkomunikasi dengan rakan sekerja. -Gambar hiasan

SEORANG wanita tular di media sosial selepas dia berkongsi pengalamannya berdepan jenaka lucah di tempat kerja.

Menurut tutor Bahasa Melayu, Shifa Kamarudin, peristiwa itu berlaku ketika dia menjalani latihan industri di sebuah bank, suatu masa lalu.

Lebih menjijikkan, dia mendakwa mereka turut menyamakan makanan seperti 'cucur' dengan alat sulit ketika bersembang lucah.

Story on Ilham tower

Ada individu berdepan masalah dengan rakan sekerja yang berperangai teruk. -Gambar hiasan

"Masa aku praktikal kat sebuah bank dulu, aku pelik kenapa staf kat situ suka gelak lain macam walaupun aku rasa macam tak lawak pun.

"Apabila balik rumah, aku pun tanyalah ummi. Barulah aku tahu cucur tu rupa-rupanya kiasan kepada kemaluan. Ni baru satu contoh aku bagi.

"Banyak lagi gurauan sedemikian rupa sering dinormalisasikan dalam perbualan harian. Terus aku rasa geli dan jijik," ujarnya.

Benci tak terhingga kat manusia yang suka buat lawak lucah.

SHIFA KAMARUDIN

Menurut Shifa, dia turut berasa jijik memandangkan individu yang bersembang lucah itu berstatus suami dan isteri orang.

"Benci tak terhingga kat manusia yang suka buat lawak lucah. Dah la kat pejabat tu status isteri orang dan suami orang. Tak perlu fikir bab suami orang atau isteri orang pun, fikir ja status ibu atau bapa kepada anak-anak.

"Itu pun dah memadai untuk tahu jaga batasan gurauan. Nasib baik praktikal aku tak lama sangat dalam tiga ke empat bulan macam tu saja. Akhirnya aku tak jumpa dah mereka," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis-gadis galak sembang lucah di TikTok, tunjuk pro pandai buat seks... Netizen geleng kepala, jijik hadap perangai buka aib sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan jijik dengar perbualan di kedai makan! Lelaki, perempuan rancak sembang lucah... Skandal dianggap normal

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman mereka berdepan kejadian sama.

Menurut seorang pelayar Facebook dikenali sebagai Ross Watie, rakan sekerjanya juga gemar menggunakan perkataan 'parang' yang merujuk kepada kemaluan lelaki.

"Tak pernah berkenan lawak double meaning atau soft porn macam ni. Dulu akak kerja dikelilingi lelaki jadi kalau setiap petang Khamis tu mula lah bagi hint nak 'asah parang' malam Jumaat.

"Mula-mula akak buat tak tahu tapi makin menjadi-jadi. Akak tegur setepek. Nak sembang macam ni pastikan akak tak ada. Terus diam dah tak ada bunyi pelik lagi dah.

"Tapi jadi lebih malu bila kaum perempuan sendiri pula putus urat malu asyik melawak hal dalam kain sendiri tak kira tempat," ujar wanita itu.

Stressed business woman while sign contract. Law, legal services, advice, Justice concept.

Gangguan di tempat kerja boleh menganggu prestasi kakitangan. -Gambar hiasan

Menurut beberapa netizen lagi, lawak lucah juga sering menjadi topik perbualan mereka yang sudah berusia.

"Pernah dengar lawak bodoh macam ni di kedai runcit. Pakcik makcik melawak, rasa jijik sangat.

"Saya suka pergi kenduri dan merewang tapi tak selesa sebab makcik-makcik bergurau double meaning.

"Saya pun masa praktikal dulu, pakcik-pakcik selalu buat lawak lucah," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain